Shola Shoretire merupakan pemain yang istimewa untuk United

0

Shola Shoretire telah mencipta ‘assist’untuk jaringan Pellistri ketika perlawanan persahabatan menentang Derby baru-baru ini. Walaupun perlawanan itu sekadar persahabatan, itu merupakan peluang yang cukup baik buat dia mempamerkan aksi berkualiti yang membuktikan dia boleh lakukan dan berjaya membuka ruang kepada rakan sepasukan menjaringkan gol kemenangan.

Pemain muda ini telah membuat penampilan pertama pada awal tahun. Dia merupakan pemain muda ke-7 termuda yang berjaya buat penampilan bersama United. Namun 3 penampilan tersebut, dia hanya berjaya bermain selama 24 minit sahaja dan tempoh berkenaan adalah terlalu singkat namun dia tetap bersemangat apabila mendapat peluang tersebut.

Shola Shoretire yang berusia 17 tahun telah menjaringkan 10 gol dan 6 ‘assist’ ketika bermain untuk pasukan United bawah 23 tahun dalam 21 penampilan.

Secara puratanya dia akan menghasilkan gol dan ‘assist’ dalam setiap 0.72 perlawanan yang hampir kepada setiap perlawanan satu gol. Untuk pemain muda yang bermain pada unur 16 tahun pada tahun lepas, dia merupakan di antara pemain England yang bagus bagi kejohanan liga bawah 23 tahun. Ia merupakan rekod yang sangat baik.

Shola Shoretire merupakan bintang muda yang masih dalam pembikinan. Dia telah membuat penampilan pertama dalam ‘UEFA Youth League’ pada tahun 2018, yang merupakan kejohanan bagi pemain bawah 19 tahun. Dia pada ketika itu hanya berusia 14 tahun. Untuk ‘FA Youth Cup’ dia telah membuat penampilan ketika berusia 15 tahun di mana kejohanan tersebut adalah untuk pemain bawah 18 tahun.

Dan pada musim lepas dia telah bermain dalam kesebelasan utama bawah 23 tahun United pada usia 16 tahun dan bermain untuk pasukan utama United pada usia 17 tahun. Dia berada dalam pasukan United ketika perlawanan akhir Piala Europa pada usia 17 tahun dan itu adalah pencapaian yang bagus buat pemain muda ini.

United dilihat sedang mencungkil bakat Shola Shoretire dengan kualiti yang dia ada. Dia telah buktikan pada musim lepas, dan pada baru-baru ini dia sekali lagi berjaya mencuri tumpuan dengan hantaran cantik kepada Pellistri.

Sudah tentu kita tidak akan terbawa-bawa dengan kejayaan hanya pada 1 perlawanan sahaja. Namun mereka telah buktikan ketika bermain untuk pasukan bawah 23 tahun. Gandingan Pellistri atau Amad bersama Shola Shoretire berjaya mempersembahkan permainan yang bagus serta gol-gol yang berkualiti.

Shola Shoretire mempunyai kualiti seperti Bruno Fernandes kerana dia kerap masuk ke dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol. Shola Shoretire mampu menjadi pemain bintang seperti Phil Foden dari Manchester City. Shola Shoretire boleh bermain dalam beberapa posisi di bahagian serangan dan mampu mencipta peluang jaringan atau menjaringkan gol.

Jika perkembangan ini diteruskan, Shola Shoretire pasti akan berada dalam pasukan England kelak seperti penampilan Foden dalam Euro 2020 baru-baru ini. United perlu segera memperbahurui kontrak pemain ini. Dilaporkan Bayern Munich, Juventus, PSG dan Bercelona berminat untuk mendapatkan pemain muda ini. Dia mempunyai kontrak sehingga 2023.

Jika dia mendapat peluang untuk bermain dalam pasukan utama Solskjaer pada musim ini, pasti ada tawaran kontrak baru akan diberikan.

- Advertisement -