Shola Shoretire bantu United tewaskan Young Boys

0

Manchester United telah mencatatkan keputusan mengecewakan semalam selepas ditewaskan oleh pasukan Young Boys dengan 1-2. Namun pada hari semalam bukan sahaja pasukan senior yang beraksi dalam kejohanan eropah, pasukan junior United juga ada beraksi sama.

Namun pasukan muda United berjaya mencipta kemenangan selepas menewaskan pasukan muda Young Boys dengan 1-0 sejam sebelum anak-anak buah Solskjaer turun bermain. Shola Shoretire telah menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan United di separuh masa pertama perlawanan.

Ini merupakan gol pertama Shoretire dalam kejohanan UEFA Youth League. Dia mencipta rekod pemain termuda buat penampilan dalam UEFA Youth League pada usia 14 tahun ketika di bawa masuk sebagai pemain gantian menentang pasukan Valencia pada 2018.

Shoretire telah pamerkan kualiti yang adalam dalam pasukan muda United yang diketuai oleh Teden Mengi. Selepas tamat perlawanan, dia telah muat naik mesej di IG nya mengenai kegembiraannya menjaringkan gol tersebut. ‘Kemenangan 1-0 yang penting. Gembira dapat menjaringkan gol.’

Dia menerima ucapan tahniah daripada beberapa rakannya dari kelab lain seperti Dane Scarlett, Spurs dan Jacob Ramsey, Aston Villa. Pada musim lepas Shoretire ada bermain untuk pasukan United dalam kejohanan Piala Europa ketika di bawa masuk sebagai pemain gantian. Shoretire merupakan permain termuda United beraksi dalam kejoahanan eropah tersebut.

Shoretire dapat tidur lena walaupun pasukan senior United pasti tidak dapat melupakan malam ngeri mereka di Switzerland. Prestasi semasanya itu pasti membolehkan dia mempunyai hasrat untuk mengintai masuk kesebelasan dalam pasukan senior sekurang-kurangnya sebagai pemain gantian dalam Liga Juara-Juara Eropah kelak.

- Advertisement -