Buletin Manchester United

B57C8730-4612-4121-A23F-C9F0FF29ECE0

Shaw dedah kehadiran Telles telah membuatkan dirinya kembali menemui prestasi terbaiknya

Pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw mengucapkan terima kasih kepada Alex Telles kerana kehadiran pemain antarabangsa brasil itu telah membuatkan dirinya kembali menemui bentuk permainan terbaiknya secara konsisten.

Sebelum ini Shaw pernah mengalami situasi sukar di Old Trafford.Ini tidak dapat dipisahkan dari insiden patah kaki yang dialaminya beberapa tahun yang lalu.

Setelah pulih,Shaw mengalami kesukaran untuk mencari prestasi terbaiknya dan disebabkan itu 

pada akhirnya membuatkan United membawa Alex Telles dari Porto untuk memberi saingan kepada Shaw.

Namun pada musim ini, Shaw telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan menyukarkan Telles untuk merebut peluang bermain secara regular.

Dalam temuramahnya bersama MUTV,Luke telah mendedahkan rahsia disebalik peningkatan prestasinya pada musim ini.

Shaw mengatakan ini tidak terlepas dari dorongan dua individu di Manchester United.Yang pertama tentu saja pengurus United Ole Gunnar solskjaer. Dia mengatakan pengurus Norway itu sangat membantu di belakang tabir.

“Saya merasa sangat baik, terima kasih kepada Ole kerana mempercayai saya dan memberi sokongan kepada saya”.

 Selain itu dia juga menyebut nama Alex Telles.Shaw mengakui bahawa pemain pertahanan baru itu sebenarnya mendorongnya untuk menunjukkan kemampuan terbaiknya pada setiap peluang yag diberi.

“Alex juga, kami mempunyai hubungan yang baik. Dia mendorong saya setiap hari dalam latihan dan kami melakukannya dengan sangat baik.

“kami saling berkerjasama untuk memberikan yang terbaik dalam diri kami.Ini adalah cara positif buat kami berdua untuk melihatnya”.

Musim ini Luke Shaw telah bermain sebanyak 20 kali untuk Manchester United dalam semua pertandingan. Sementara itu Alex Telles hanya bermain 12 kali.