Setelah sekian lama, United akhirnya mempunyai pemain sayap kanan sebenar

0

Facundo Pellistri menjadi pemain bintang United ketika perlawanan persahabatan pertama United baru-baru ini. United dilihat sudah berjaya memperbaiki posisi sayap kanan untuk musim ini dan masa akan datang.

Pada sebelum ini, United dilihat lebih tertumpu untuk menyerang di bahagian sayap kiri mereka di mana pemain sayap kanan mereka bukanlah pemain sayap sebenar. Namun, pada musim ini dan masa akan datang, United dilihat sudah mempunyai pilihan pemain.

Pada zaman Jose Mourinho, United lebih tertumpu untuk memperbaiki barisan pertahanan tengah mereka. Jose juga ada usaha untuk membawa masuk Ivan Perisic ke United untuk menambah pilihan pemain sayap pada ketika itu.

Dan pada musim 2019, Adreas Pereira pernah bermain di bahagian sayap kanan United. Ia merupakan satu uji kaji untuk dia bermain di posisi tersebut, namun ia dilihat tidak begitu sempurna.

Sejak United di bawah bimbingan Solskjaer, Mason Greenwood kerap diturunkan di posisi sayap kanan. Walaupun dia bermain dengan baik namun di dilihat lebih selesa bermain sebagai penyerang tengah dibandingkan dengan sayap kanan.

Pada musim 2021/2022 ini, United telah membawa masuk pemain sayap sebenar Jadon Sancho untuk tempoh jangka masa yang panjang. Pada musim sebelum itu, United telah mendapatkan 2 orang pemain muda yang berkualiti iaitu Amad Diallo dan Facundo Pellistri. Walaupun ia tidak memberikan sebarang impak pada United pada waktu ini, namun pada masa akan datang, ia akan mendatangkan hasil.

Jadon Sancho pasti akan menjadi pemain pilihan dalam kesebelasan utama United selepas akan melengkapkan perpindahan bernilai 73 juta pound dari Dortmund. Dengan prestasi terbaik yang di pamerkan Pellistri pada perlawanan persahabatan ini, Solskjaer masih belum boleh menjanjikan minit permainan yang dia perlukan pada musim ini. Oleh demikian Solskjaer lebih rela untuk meminjamkan Pellistri kepada kelab lain.

Jika dilihat dari sudut positif, ia akan memberikan Pellistri lebih pengalaman dan minit permainan sekaligus kembali ke United kelak dengan menjadi pemain yang lebih bagus.

Dengan rotasi di bahagian penyerang utama di antara Cavani dan Greenwood akan dilakukan, makanya tempat di bahagian sayap kanan akan dimiliki penuh oleh Jadon Sancho.

Walaupun Sancho boleh bermain sebagai sayap kiri, namun United sudah memiliki mempunyai Martial, Rashford dan James. Sama ada Amad Diallo atau Pellistri akan kekal bersama dengan pasukan utama United, menarik untuk kita lihat pada minggu-minggu mendatang. Namun untuk perancangan masa akan datang, United kini sudah mempunyai pemain yang bagus di setiap posisi terutama di bahagian serangan.

- Advertisement -