Salah satu perubahan yang ketara dalam permainan United pada malam tadi adalah dari segi ‘set piece’ yang mereka perolehi.
Everton merupakan satu pasukan yang mempunyai fizikal badan yang bagus telah mengakibatkan United bergelut dalam perlawanan menentang mereka pada musim lepas.Dalam perlawanan kali ini, walaupun ia merupakan perlawanan persahabatan, United mampu mengatasi masalah itu untuk kali ini.
Eric Ramsay's work is already paying off.
— ً (@utdrobbo) August 7, 2021
Harry Maguire telah menjaringkan gol dengan tandukan yang cukup padu menerusi sepakan sudut. Man United mempunyai statistik yang teruk bagi gol menerusi ‘set piece’ ini. Inilah yang kita mahukan apabila kita dapatkan seorang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam ‘set piece’ dan kelihatan ia mula membuahkan hasil untuk perlawanan ini.
Shaw ➡️ Maguire
Welcome back, lads! ?#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) August 7, 2021
Maguire sekali ada mendapat peluang ke-2 untuk menjaringkan gol menerusi tandukan dan selepas itu Bruno menyempurnakan dengan cantik sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Oleh yang demikian mengapa ‘set piece’ United agak menjadi pada perlawanan ini? Segalanya berlaku disebabkan dengan kehadiran Eric Ramsay.
United telah mendapatkan Ramsay yang merupakan seorang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam ‘set piece’ permainan. Bekas jurulatih Chelsea ini telah berada dalam latihan bersama pemain sepanjang latihan pra-musim kali ini.
Eric Ramsay, most significant signing of the summer.
— Anshumaan Singh?? (@anshum95) August 7, 2021
Ini merupakan langkah yang bagus diambil oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk memperbaiki masalah utama mereka ketika bertahan ‘set piece’ untuk pasukan lawan pada musim lepas. Diharapkan perkara ini dapat diperbaiki pada musim inidengan kehadiran Ramsay. Selain itu, kehadiran Varane juga memudahkan atau akan memantapkan barisan pertahanan pasukan United untuk memenangi bola-bola di udara yang juga menjadi faktor kelemahan bagi barisan pertahanan United.