Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Sergio Romero menuju ke MLS!!

Jodoh Sergio Romero dan Manchester United nampaknya akan berakhir Selepas penjaga gol itu dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Penjaga gol dari Argentina itu telah menyertai United pada tahun 2015. Dia telah menjadi penjaga gol pelapis untuk The Red Devils sejak lima tahun kebelakangan ini.

Namun, sejak musim lalu, Romero dilaporkan tidak gembira di MU dek kerana waktu bermainnya dipotong oleh Solskjaer, terutama semasa separuh akhir Liga Europa dan Piala FA.

Daily Mail mendedahkan bahawa Romero tidak akan meneruskan kariernya di MU.Dia dikatakan akan keluar meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu, Romero telah memutuskan untuk meninggalkan MU.Terlepas dari masalah musim lalu, Romero berpendapat bahawa dia tidak mempunyai masa depan di MU terutama setelah MU membawa kembali Dean Henderson.

Romero merasakan dia tidak layak untuk menjadi penjaga gol ketiga dan oleh kerana itu dia memilih untuk berpindah.

Menurut laporan itu, Romero akan meninggalkan Britain dan terbang ke Amerika Syarikat.Dia dilaporkan telah berunding dengan beberapa kelab MLS. Kelab-kelab ini bersedia memberinya peluang untuk menjadi penjaga gol utama.

Di samping itu, pasaran perpindahan MLS akan ditutup pada akhir bulan ini dan situasi ini telah membuatkan Romero berpeluang untuk bermain di MLS.

Menurut laporan itu, Manchester United tidak akan menghalang perpindahan Romero ke Amerika Syarikat.Malah MU sudah bersedia untuk mengurangkan harga jualan pemain ini untuk membuatkan penjaga gol ini dapat meneruskan kerjayanya di negara Uncle Sam.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd