Sergio Romero Bersedia ke Granada

0

Bekas penjaga gol Manchester United berasal dari Argentina, Sergio Romero bersedia ke kelab lain selepas kontraknya bersama United tamat.

Romero dikatakan akan ke kelab Sepanyol, Granada. Dia ditawarkan kontrak selama 2 tahun. Pada musim lepas, Granada telah disingkir United dalam peringkat suku akhir Piala Europa.

Permulaan Yang Baru

Perlawanan terakhir Sergio Romero bersama United ialah pada perlawanan Piala Europa ketika musim 2019/2020 menentang Copenhagen FC. Secara tiba-tiba, Romero telah digugurkan dalam perlawanan separuh akhir Piala Europa yang menyaksikan United tewas sekaligus mengulangi kekecewaan ketika di Piala Carabao dan Piala FA.

United tidak membenarkan Romero pergi ke mana-mana kelab sehingga kontraknya benar-benar tamat. Dalam usia 34 tahun, dia masih boleh beraksi lagi dan Granada adalah tempat pilihan yang pertama untuknya.

Penjaga gol Granada ketika bertemu United pada waktu itu ialah Rui Silva yang kontraknya telah tamat akhir musim lepas. Dia telah berhijrah dan menandatangan kontrak 5 tahun bersama Real Betis.

Ketika ini, Granada hanya mempunyai seorang penjaga Gol iaitu Aarón Escandell Banacloche yang datang dari akademi Granada. Dia hanya mempunyai 6 penampilan bersama Granada.

Granada merupakan kelab yang sesuai untuk Sergio Romero memulakan kembali kariernya sebagai penjaga gol utama selepas dia hanya menjadi penjaga gol simpanan di United sejak 2014.

Peluang ke Chelsea Tertutup

Pada bulan lepas, The Telegraph melaporkan Chelsea bersedia menerima Sergio Romero selepas kontraknya bersama United tamat. Dia boleh menjadi pilihan ketiga di belakang Edouard Mendy dan Kepa Arrizabalaga.

Chelsea pula telah mengambil penjaga gol yang dilepaskan Fulham, Marcus Bettinelli. Sekiranya Romero bersama Chelsea, dia mungkin boleh mendapatkan gaji mingguan yang tinggi. Di Granada, dia boleh menjadi penjaga gol nombor 1 tetapi kadar bayaran gaji sedikit rendah.

Hari ini merupakan ulangtahun kali terakhir Romero bermain menyarung jersi utama United. Sekiranya Romero berjaya ke Granada, ini merupakan penyambung karier yang terbaik untuknya.

- Advertisement -