Buletin Manchester United

Sergio-Ramos-berminat-untuk-menjadikan-Manchester-United-sebagai-destinasinya

Sergio Ramos berminat untuk menjadikan Manchester United sebagai destinasinya

Bukan hanya untuk Real Madrid, Sergio Ramos juga memiliki peranan yang sangat penting dalam kedudukannya sebagai pertahanan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol. Namun, perjalanan Sergio Ramos dengan Real Madrid kemungkinan akan berakhir hujung musim ini setelah proses perpanjangan kontraknya masih belum mendapat persetujuan.Kontrak untuk kapten Real ini di Santiago Bernabeu akan tamat pada akhir musim 2020-2021.

Untuk info gergasi eropah itu sebenarnya telah menawarkan kontrak baru dua musim untuk pemain ini.Namun,Ramos dikatakan tidak mempersetujui terma dan syarat tawaran itu yang boleh dikatakan tidak sesuai dengan permintaan pemain. Hal ini tidak dapat dipisahkan dari sikap kelab untuk memotong jumlah gaji dalam perjanjian kontrak baru, sementara Ramos menetapkan pendiriannya untuk tidak menginginkan pemotongan itu.Keadaan inilah yang membuat Ramos dilaporkan ingin meninggalkan Real Madrid dan sedang memilih kelab baru.

Sumber dari El Chiringuito mendedahkan bahawa Ramos dilaporkan telah membuat pilihan kelab baru dan ternyata nama Manchester United menjadi pilihan utamanya kerana dalam laporan El Chiringuito,Ramos berminat untuk menyertai dengan Manchester United kerana The Red Devils dianggap sangat serius untuk membawanya masuk.

Manchester United dikatakan memerlukan pertahanan berpengalaman untuk memperbaiki sistem pertahanan mereka dan Ramos adalah pilihan yang tepat untuk itu. Selain itu, Ramos juga didakwa berminat dengan projek yang dibina oleh Ole Gunnar Solskjaer. Menurut laporan El Chiringuito, Man United dan ejen Sergio Ramos sudah dalam perbincangan dan proses rundingan tersebut dikatakan berjalan lancar. Malah, ada berita bahawa Ramos telah menyetujui gaji yang akan diterima di Manchester United, bernilai 200 sehingga 226 ribu euro seminggu. Meskipun begitu, harapan peminat Manchester United untuk Ramos menyertai United akan lenyap sekiranya Paris Saint-Germain membuat tawaran yang tidak dapat ditolak oleh pemain itu.