Sentuhan gol yang membawa kepada kecederaan

0

Penyerang Manchester United, Anthony Martial berjaya menemui sentuhan gol selepas kembali beraksi di posisi sayap kiri ketika menentang Everton semalam dalam perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Kegembiraan Martial tidak bertahan lama apabila pemain tersebut di sahkan mengalami kesakitan sebelum digantikan oleh Jadon Sancho yang turut bermain baik dalam perlawanan tersebut.

Kecederaan Martial telah di sahkan oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. Namun belum ada kepastian tahap kecederaan Martial.

- Advertisement -