Semua orang tahu saya tidak akan bermain untuk pasukan Liverpool atau Man City. Reaksi Wayne Rooney mengenai berita perpindahan C.Ronaldo ke Man City

0

Wayne Rooney agak terkejut dengan laporan mengenai perpindahan C.Ronaldo ke Man City. Ketika bercakap di Talksport, Rooney meragui dengan pendirian C.Ronaldo mengenai perpindahan ke Man City. Dia telah mendakwa perkara itu akan merosakan legasi yang dia miliki semasa di Man United. Satu laporan dari media Sky Sports memberitahu City telah mendapat tawaran untuk menandatangi C.Ronaldo yang kini sedang merancang untuk meninggalkan Juventus sebelum jendela perpindahan ditutup.

Wayne Rooney telah memenangi Piala Juara-Juara Eropah bersama dengan bekas rakan sepasukannya itu ketika di United pada tahun 2008. Roneey berkata, ‘Ia merupakan berita yang sangat menarik, namun saya tidak sanggup melihat perkara ini berlaku. Saya merasakan C.Ronaldo merupakan seorang pemain lagenda di United. Saya tahu di juga bangga dengan pencapaiannya sebagai seorang pemain Man United seperti yang saya rasakan. Saya tidak boleh melihat perkara ini berlaku, tetapi inilah bola sepak kita tidak tahu apa yang bakal terjadi.’

Kata-kata Wayne Rooney sema ditanya mengenai perpindahan C.Ronaldo

‘Ada beberapa pemain United sebelum ini pernah melakukan perkara sedemikian tetapi karier mereka tidak sehebat C.Ronaldo. Anda pasti kenal nama seperti Peter Schmeichel, Andy Cole dan Carlos Tevez. Namun untuk C.Ronaldo, saya tidak melihat Man City adalah tempat untuk mengakhiri kariernya. Saya pasti ini bukan disebabkan isu tawaran gaji yang akan diterimanya kerana dia tidak memerlukan semua itu pada ketika ini.’

Peminat-peminat Man United sangat bangga dengan pencapaian yang telah dipamerkan oleh C.Ronaldo ketika bersama United, kemudian berhijrah ke Real Madrid dan akhirnya ke Juventus. Boleh dikatakan mereka sentiasa mengikuti perkembangan lagenda no 7 mereka itu walaupun dia tidak berada di Old Trafford.

Perkembangan terkini mengenai C.Ronaldo menurut Fabrizio Romano

Percubaan untuk menyertai ke Man City pasti akan mengecewakan peminat-peminat sejati United. Ia akan merosakan segala yang dia telah capai semasa kariernya bersama United. Perpindahan Carlos Tevez ke Man City telah mengakibatkan dia tidak lagi menerima rasa hormat dari peminat-peminat United. Berkemungkinan C.Ronaldo akan mengalami nasib yang sama.

- Advertisement -