“Selagi kertas kerja tersebut belum lengkap …”, reaksi Solskjaer

0

Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya mengenai gosip perpindahan pasukan United selepas mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi persahabatan menentang Derby County.

Laporan tersebar luar memberitahu Sancho telah menjalani ‘medical checkup’ pada minggu lepas. Segala telah berjalan lancar dan lengkap hanya tunggu pengumuman rasmi dari kelab.

Namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi di buat mengenai perpindahan Sancho yang bernilai 73 juta pound itu.

Solskjaer telah memberitahu kepada pihak media situasi yang berlaku pada ketika ini.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan kertas kerja tetapi kami berharap perkara itu dapat diselesaikan dan pengumuman rasmi dapat dibuat selepas banyak cerita yang diperkatakan mengenai dia. Kami mahukan pasukan yang lebih kuat pada musim ini.”

“Saya tidak merasakan ada rahsia mengenai nilai dalam perbincangan United dan pasukan Dortmund. Selagi kertas kerja tersebut belum lengkap, bermakna dia masih lagi pemain Dortmund.”

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Mendengar mengenai Sancho masih lagi pemain Dortmund, ia membuatkan peminat rasa tidak selesa selepas cerita ini hangat diperkatakan.

Seterusnya, mengenai Raphael Varane. Solskjaer telah memberi respon yang ringkas dengan jawapan,”Juga masih situasi yang sama.”

Ia sekaligus menunjukkan, Solskjaer hanya akan bercakap mengenai pemain tersebut selepas pemain tersebut benar-benar adalah pemain Manchester United.

Peminat-peminat United begitu gembira dengan perkhabaran Sancho dan Varane yang akan menyertai pasukan United. Namun kebenaran mengenai Varane masih diragukan selepas melihat jawapan Solskjaer.

- Advertisement -