Berita Terkini

Sekali adalah amaran, buat dua kali dapatlah pengajaran.. Ten Hag guna kuasanya..

654b1a06 7b1d 4fde 9a5d 42fe3384dcb1

Ini bukan lagi isu baharu. Sebelum pra musim, Ronaldo tidak datang lapor diri bersama skuad, dan ketika pra musim di Old Trafford, kelibat Ronaldo meninggalkan Old Trafford ketika tamat pada masa pertama..

Bagi seorang superstar yang mempunyai ramai pengikut, aksi itu sekali lagi di persembahkan Ronaldo. Pemain itu meninggalkan stadium sebelum wisel penamat dan enggan masuk sebagai pemain gantian..

Ekoran daripada itu, pada temuramah, Erik ten Hag ditanya Adakah dia membenarkan itu berlaku dan melihat Ronaldo meninggalkan padang.. Jawapannya dia tidak melihat dan akan menangani isu itu esok selepas perlawanan

“Saya akan menangani esok”

Dan pada hari ini dia menunaikan janji dan berpegang pada kata-katanya

Seperti yang dimaklumkan oleh kenyataan rasmi United sendiri, Ronaldo akan digugurkan dalam

Skuad menentang Chelsee dan tidak akan terlibat dalam latihan selama tiga hari

Erik ten Hag cukup dikenali dengan ketegasannya dalam soal disiplin. Pada pra musim dia juga tidak membenarkan pemain bermain kerana lewat datang mesyuarat pasukan.

Lebih jauh lagi ketika bersama Ajax dia mahu memasukkan Amin Younes lima minit terakhir perlawanan. Namun pemain itu enggan masuk. Hasilnya Erik ten Hag menggunakan kuasanya sebagai pengurus tidak membenarkan pemain itu main hingga akhir musim

Mengikut daripada faktor isu ini, pengurus Ten Hag menunjukkan kuasanya kedalam skuad. Dengan berpegang kepada prinsip dan disiplin menyaksikan dia  terus maju kedepan

Dengan menggugurkan Ronaldo daripada pasukan itu adalah satu pengajaran buat mana-mana pemain yang tidak berpuasa hati dengan Ten Hag lebih daripada sekali. Dan sudah pasti boleh mendapat semula kepercayaannya namun ianya bergantung kepada situasi selepas ini..

Lain-Lain Artikel