Segalanya perlu diselesaikan sebelum kempen Piala Eropah bermula

Pihak pengurusan United dikatakan akan menawarkan gaji lumayan kepada Bruno Fernandes.

0 152

Bruni Fernandes dikatakan akan ditawarkan gaji yang lumayan oleh pengurusan United pada masa terdekat ini. Bruno yang diwakili ejen peribadinya, Miguel Pinto hadir dan sedang berada dalam perbicangan untuk gaji sekitar 200,000 pound seminggu. Gaji tersebut merupakan 2 kali ganda gaji yang diterimanya pada ketika ini menurut The Mirror.

Bruno dikatakan layak menerima tawaran tersebut selepas mempamerkan aksi yang cukup cemerlang pada musim ini. Bruno berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum kempen Piala Eropah bermula. Bruno telah menjaringkan 28 gol dan 17 assists dalam musim ini.

Walaupun Bruno masih mempunyai baki 4 tahun kontrak, United masih lagi ingin memberikan habuan di atas kecermelangan prestasi yang dipamerkanya. Akan tetapi, perkara itu masih dalam perbincangan dan cadangan kerana belum ada lagi hitam putih yang ditangani oleh kedua-dua pihak.

Bruno sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Misi utama mereka pasti menjuari Piala Europa yang akan berlansung pada 26 Mei ini menentang Villareal.

‘Misi utama saya pada musim ini adalah untuk memenangi piala. Saya dapat rasakan pasukan United sekarang semakin mempamerkan aksi berkualiti sejak kehadiran saya di sini.’

‘Ini merupakan proses pembangunan dan fasa pembelajaran para pemain untuk mendapatkan keyakinan dan memperkuatkan mentaliti kemenangan. Saya akan berada di sini dan akan membantu pasukan menjuarai piala dalam kejohanan yang kami sertai. Itulah Manchester United.’