Buletin Manchester United

Secara-Perlahan-Bangkit

Secara Perlahan Bangkit

Manchester United akhirnya berjaya menempatkan diri di tangga teratas Liga Perdana inggeris musim ini.Namun,keberhasilan ini bukanlah sesuatu yang mudah jika kita melihat prestasi mereka pada awal musim.

The Red Devils memulakan Liga Perdana inggeris musim ini dengan kurang meyakinkan.Manchester United hanya berjaya memperolehi dua kemenangan, satu seri dan menelan tiga kekalahan dari tujuh perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2020/2021.

Kemenangan itu adalah ketika menentang Brighton dan Hove Albion (3-2) dan Newcastle United (4-2), sementara seri ketika menentang Chelsea (0-0), dan menelan kekalahan ketika menentang Crystal Palace (1-3), Tottenham Hotspur (1-6) dan Arsenal (0-1).

Keputusan itu telah menjadikan United terkandas di tempat ke-15 dalam kedudukan liga dengan perolehi tujuh mata dan ketika itu Mereka ketinggalan dengan enam mata dari Everton dan Liverpool yang berada di kedudukan satu dan dua.

Meskipun begitu secara perlahan-lahan, Manchester United telah bangkit dari mimpi buruk Mereka dimana mereka telah berjaya mengukir kemenangan dan mencatatkan tanpa terkalahan dalam 11 perlawanan terakhir di Liga Perdana, dengan sembilan kemenangan dan dua seri secara terperinci.

Dan pada awal pagi tadi mereka berjaya menumbangkan pasukan yang secara keseluruhan bermain secara bertahan iaitu Burnley dengan kemenangan tipis 0-1 di Turf Moor hasil jaringan pemain antarabangsa Perancis Paul Pogba pada minit ke-71.

Dengan keputusan itu dan berkat prestasi mengagumkan ini telah membuatkan mereka kini kembali bertapak di puncak kedudukan Liga Perdana dengan 36 mata. Manchester United kini berada tiga mata di depan Liverpool yang turun ke tempat kedua.

Untuk Manchester United, kejayaan menduduki tangga teratas sudah tentu terasa seperti istimewa kerana pada akhirnya penantian menunggu 1,222 hari untuk kembali ke kedudukan teratas kembali dikecapi berharap pasukan kesayangan kita ini teruskan menunjukkan prestasi terbaik sehingga akhir musim..GGMU!!