Scotland tewas maka berakhirlah perjalanan Scott McTominay

0

Scott McTominay merupakan pemain pertama United yang pulang awal selepas Scotland tersingkir dalam kempen Euro 2020.

Scotland berada di tempat terbawah dalam kumpulan dengan 1 mata selepas tewas 1-3 ke atas Croatia dalam perlawanan penentuan.

Scotland telah melengkapkan kempen Euro 2020 kali ini dengan tewas dalam perlawanan pertama 0-2 ke atas Czech Republic dan seri tanpa jaringan dengan England.

McTominay telah bermain sebagai pertahanan ketika menentang England mendapat pujian daripada peminat-peminat Scotland dengan aksi yang sangat bagus.

Pengurus pasukan Steve Clarke gemar menggunakan 3 pertahanan di mana McTominay kerap beraksi dibahagian tersebut ketika di peringkat kelayakan Euro 2020.

Ketika menentang Croatia, McTominay sekali lagi bermain di bahagian 3 pertahanan. Tetapi ia terlalu sukar bagi Scotland untuk menentang pasukan yang lebih bagus ini.

Luka Modric telah menjaringkan gol yang memukau dengan sepakan padu dari luar kotak penalti untuk mengubah suasana permainan tersebut.

McTominay telah membantu sebaik mungkin untuk memastikan Scotland kembali melawan dan mendapatkan gol penyamaan.

Dia telah memenangi 7 ‘duels’ dan membuat 7 ‘ball recoveries’ dengan 54 setuhan bola secara keseluruhan.

McTominay ada membuat larian kehadapan beberapa kali dan berjaya mendapatkan 2 tendangan percuma serta melakukan 3 hantaran di kawasan lawan.

Dia juga telah memenangi 2 bola di udara dan telah membuat 1 ‘interception’ tetapi semua kerja kerasnya itu gagal mengubah nasib Scotland.

Data yang diperolehi dalam kejohanan Euro 2020 kali ini telah menyenaraikan McTominay pada kedudukan ketujuh bagi pemain yang banyak melakukan larian di mana dia telah membuat 32km larian secara keseluruhan.

Data tersebut pasti akan lebih tinggi jika dia bermain di bahagian tengah untuk ketiga-tiga perlawanan. Seperti yang kita ketahui, McTominay sering kali memberikan aksi yang bersungguh-sungguh di sepanjang perlawanan. Pasukan psati beruntung memiliki dia di dalam pasukan.

McTominay dijangka akan pulang berehat sebelum memulakan persediaan kempen pra-musim akan datang.

- Advertisement -