Scholes menuding jari kepada Bissaka anggap sebagai punca kekalahan

0

Lagenda Manchester United Paul Scholes telah secara terang-terangan mengkritik Aaron Wan-Bissaka yang dianggap sebagai penyebab awal kekalahan United kepada Young Boys.

Manchester United sebelum itu memimpin perlawanan menerusi gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo. Namun, permainan berubah setelah Wan-Bissaka dikeluarkan pada minit ke-35.

Setelah United kekurangan pemain Young Boys akhirnya berjaya memanfaatkan jumlah pemain untuk menyamakan kedudukan menerusi gol Nicolas Ngamaleu dan pada minit akhir perlawanan

Theoson Jordan Siebatcheu menjaringkan gol kemenangan untuk Young Boys menerusi ‘assits’ berhantu dari Lingard.

Scholes, yang kini menjadi pengulas perlawanan di BT Sport, juga mengakui bahawa dia setuju dengan keputusan pengadil Letexier yang memberikan kad merah kepada Wan-Bissaka.

“Dia membuat dirinya menghadapi masalah dengan sentuhan yang sangat sia-sia.Saya tidak menyangka dia bermaksud untuk melakukannya tetapi dia harus keluar dari perlawanan”.

pengulas lain, Joe Cole, mengatakan perkara yang sama.Bekas pemain Chelsea dan Liverpool itu menganggap kesalahan Wan-Bissaka cukup berbahaya.

“Saya rasa dia tidak ada niat sebenarnya tetapi setelah anda melakukan terjahan dengan kekuatan seperti itu, anda harus melakukannya dengan betul.

“Itu tidak dapat dihindari kerana anda akan diusir. 

- Advertisement -