Buletin Manchester United

Saya-tidak-diberi-kesempatan

Saya tidak diberi kesempatan

Baru-baru ini Jesse Lingard telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke West Ham pada Januari lepas. Lingard membuat keputusan tersebut selepas dia merasakan dia tidak diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama United pada musim ini. Lingard berjaya membuat penampilan pertama yang bergaya selepas menjaringkan 2 gol ketika West Ham menentang Aston Villa.

Lingard ada memberitahu pada media yang dia memutuskan untuk bermain secara pinjaman di West Ham untuk mendapatkan semula minit permainan dan mengembalikan kualiti yang dia pernah ada pada beberapa musim lepas. ‘Apa yang penting bagi saya ialah sentiasa mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan, membantu pasukan dan memperolehi kejayaan. Oleh yang demikian, saya berharap saya mampu melakukannya dan mari kita saksikan sehingga akhir musim ini perkembangan karier saya semasa di West Ham.’

‘Apa yang penting adalah ada diberi peluang untuk bermain. Anda boleh lihat riak wajah senyuman apabila saya mendapat peluang dan berjaya menjaringkan gol setelah sekian lama saya impikan saat seperti ini kerap berlaku. Saya berada di kemuncak karier saya ketika di bawah pengedalian Jose. Saya berjaya menjaringkan gol dan mencipta peluang gol untuk rakan sepasukan. Ia membolehkan saya berjaya berada dalam skuad terakhir England ketika kejohanan Piala Dunia.’

Lingard akan berusaha mengembalikan semula karier terbaiknya sepanjang tempoh pinjamannya. Dia akan memastikan dia berjaya mendapatkan semula tempat dalam pasukan United pada masa akan datang. ‘Sebenarnya saya boleh berpindah ke kelab lain untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan baru saya. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Saya telah menjalani musim yang baik sepanjang bersama United. Kenangan saya di sini tidak dapat dilupakan. Saya tidak akan berputus asa dan akan berjuang kembali.’

‘Ketika ‘lockdown’ saya merupakan salah seorang pemain yang paling cergas di dalam pasukan. Tetapi saya tidak mendapat kesempatan yang saya tunggu. Saya lebih memanaskan bangku simpanan selepas tempoh itu. Saya sering menjalani latihan intensif dan latihan lebih masa untuk memastikan saya kekal cergas.’