Saya tahu peminat dan Manchester United masih percayakan saya

0

Alex Telles mempunyai misi pra-musim yang penting pada musim ini bersama United.

Pemain pertahanan kiri Brazil ini telah menyertai United dengan perpindahan bernilai 15.4 juta pound pada musim lepas. Pada awal musim ini dia dijangka akan memainkan peranan penting dalam pasukan utama United.

Dengan kehadiran Telles, perubahan ketara kepada prestasi Luke Shaw yang dikatakan telah menjadi pemain pertahanan kiri terbaik dunia.

Ia bukanlan sesuatu perkara yang tidak sihat. Tetapi persoalan mengenai masa depan Telles kini menjadi tanda tanya. Setelah semusim berlalu, adakah dia akan terus berada sebagai pemain ke-2 dibelakang Luke Shaw?

Telles ada dikaitkan dengan perpindahan atau pinjaman oleh beberapa kelab, namun United tidak berminat dengan tawaran tersebut.

Pada musim ini, ia akan menjadi medan penting bagi pemain berusia 28 tahun itu. Luke Shaw kini berehat selepas mempamerkan aksi terbaik ketika bermain dengan pasukan England, Telles dilihat akan menjadi pilihan utama pada perlawanan awal-awal musim ini terutama dalam perlawanan pra-musim.

Sudah tiba masanya untuk dia membuktikan kemapuannya bersaing merebut posisi pertahanan kiri United.

Dengan khabar angin kehadiran Trippier untuk menyertai United pada musim ini, kebolehan Trippier bermain di sebelah pertahanan kiri dan kanan pasti akan mempersoalkan masa depan Telles.

Untuk waktu ini, dia harus membuktikan yang dia berjaya memikat hati Solskjaer dalam perlawanan pra-musim ini. Dengan itu, pasti akan ada rotasi Telles dan Shaw pada perlawanan-perlawanan tertentu.

Kedua-dua pemain ini bakal merebut tempat dalam kesebelasan utama England dan Brazil bagi kejohanan Piala Dunia 2022.Oleh yang demikian faktor minit permainan pasti akan memainkan peranan kepada kedua-dua pemain. Luke Shaw mungkin sudah pasti tempatnya bersama England. Namun bagaimana buat Telles?

Rekod Telles dengan 26 gol dan 57 ‘assists’ ketika bermain untuk Porto membuatkan satu kerugian jika United melepaskannya. Namun prestasi terbaik Shaw juga tidak boleh diketepikan pada waktu ini. Akan tiba waktu Telles usah bimbang, dia perlu terus bersungguh-sungguh ketika di sesi latihan. Shaw juga perlukan waktu rehat bagi menjaga kecergasan dan mengelakkan daripada ditimpa kecederaan lama.

- Advertisement -