Saya perlu laksanakan tugasan sepakan penalti

0

Bruno Fernandes menegaskan perbalahan mengenai kisah penalti adalah perkara terakhir yang dia akan fikirkan apabila melangkah ke Anfield. Ole Gunnar Solskjaer telah merasakan Jurgen Klopp cuba mempengaruhi pengadil mengenai keputusan sepakan penalti yang diberikan kepada United sejak menjadi pengurus selama 2 setengah tahun di United.

Fernandes mengatakan bahawa dia pernah mengalami situasi tersebut ketika bekas pasukannya Sporting Lisbon berhadapan dengan Benfica dan FC Porto. Bruno akan pastikan dia tidak akan terganggu jika United memperolehi sepakan penalti dalam pertembungan menentang musuh tradisi mereka awal pagi esok.

Bruno telah menjaringkan 15 daripada 16 penalti ketika bersama United, ‘Saya tidak kisah. Apabila saya bermain untuk Sporting, pasukan Benfica dan Porto, mereka akan bercakap mengenai perkara yang sama untuk mempengaruhi keputusan pengadil. Apa yang penting, jika saya mendapat peluang sepakan penalti, saya perlu melakukan tugas tersebut. Raheem Sterling gagal menjaringkan 3 sepakan penalti untuk pasukan City. Bukan mudah bagi seseorang untuk melaksanakan tugas untuk sepakan penalti seperti yang orang diluar sana perkatakan.’

Liverpool telah dianugerahkan 42 sepakan penalti dibawah kendalian Klopp dibandingkan dengan 46 anugerah penalti untuk United dalam 2 tahun setengah kendalian Solskjaer. Peminat Liverpool juga ada memperkatakan mengenai statistik fakta pengadil perlawanan awal pagi ini, Paul Tierney yang telah menganugerahkan 5 sepakan penalti untuk United dalam 10 perlawanan kendalian pengadil tersebut.

Tetapi Fernandes percaya perkara ini akan bergantung kepada cara permainan dan kepantasan pemain penyerang United ketika melakukan serangan dalam kotak penalti pasukan lawan. ‘Kami mempunyai pemain yang pantas untuk posisi penyerang. Anthony Martial adalah salah seorang pemain terbaik kami ada ketika berada di dalam kotak  penalti. Marcus Rashford juga salah seorang pemain yang laju dan mempunyai gerakan kaki yang berkualiti terutama ketika berhadapan 1 lawan 1 dengan pertahanan lawan. Apabila anda mempunyai 2 permain berkualti yang boleh menang dalam situasi 1 lawan 1, maka perkara untuk mendapatkan penalti adalah perkara biasa. Orang diluar sana boleh bercakap apa yang mereka mahu perkatakan.’

Jose Mourinho juga ada terlibat dengan perdebatan mengenai situasi penalti ini selepas Rashford ada memberitahu bekas pengurus United itu berkongsi cara bagaimana untuk memenangi penalti apabila anda berada di dalam kotak penalti. United telah memperolehi 27 sepakan penalti dalam 118 perlawanan yang dikendalikan Solskjaer menurut Opta.

Sumber dari DailyMail Football

- Advertisement -