Saya mempunyai bakat berlainan dengan pemain Brazil lain

0

Andres Pereira berada dalam keadaan keyakinan yang tinggi pada awal musim ini selepas menjaringkan gol jarak jauh yang cantik dalam perlawanan persahabatan menentang Brentford minggu lepas.

Pemain tengah ini sering diberikan jolokan nama ‘Pirlo Pra-Musim’. Ini kerana sewaktu pra-musim permainan yang dipamerkan Pereira ala-ala Pirlo namun perkara itu tidak berlaku apabila musim sebenar liga bermula.

Pereira pada waktu ini ada dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke Fenerbache. Kelab dari Turki itu sedang memantau prestasi semasa Pereira.

Ketika ditemubual oleh media Brazil, dia terbuka untuk berhijrah ke kelab tersebut. ‘Jika minat daripada kelab tersebut benar, ia akan menjadi permulaan baru bagi karier saya.’

‘Mengenai Fenerbahce, kelab terbebut mempunyai peminat yang fanatik kepada bola sepak. Alex is salah seorang pemain idola saya. Ia merupakan satu penghargaan jika saya memakai jersinya di sana. Mengapa tidak? semua bergantung kepada apa yang mereka mahukan pada diri saya dan mana kelab yang berminat dengan cara permainan saya.’

Pereira mempunyai impian untuk bermain bersama Brazil untuk Piala Dunia 2022 ini. Kekurangan minit permainan ketika tempoh pinjaman di Lazio menyebabkan dia gagal mendapat tempat dalam pasukan BRazil untuk kejohanan Copa Amerika baru-baru ini. Dia perlu berhijrah untuk menghidupkan kariernya semula.

Namun dia masih lagi mempunyai masa dan berasa yakin untuk merebut tempat sebagai pemain Brazil untuk Piala DUnia 2022 nanti. Dengan jaringan cantiknya baru-baru ini, Pereira telah berkata sesuatu mengani perkara tersebut.

‘Impian saya adalah untuk bermain di kejohanan Piala Dunia. Saya tahu kerja keras dan usaha amat penting untuk anda terpilih dalam senarai utama pasukan itu. Kehadiran saya dalam pasukan Brazil pasti akan memberikan impak yang baik kerana saya mempunyai keupayaan melakukan sepakan jarak jauh yang mana ia amat ‘rara’ dikalanang pemain Brazil.’

Brazil mempunyai pakar sepakan jarak jauh pada ketika dahulu seperti Roberto Carlos dan Juninho Pernambucano. Pereira akan menjadikan Fred sebagai inpirasi untuk berada dalam pasukan Brazil. Fred berjaya mewakili Brazil untuk kejohanan Copa Amerika baru-baru ini selepas sekian lama terpinggir untuk kejohanan-kejohanan besar. Namun sejak menjadi watak utama di bahagian tengah United pada musim lepas, segalanya berubah bagi Fred.

Pereira amat memerlukan perpindahan atau pinjaman yang bagus untuk jendela perpindahan kali ini. Dia memerlukan kelab yang terbaik untuk kariernya dan berasa selesa dengan cara permainannya. Jika dia terus kekal di United, maka peluang dia amat tipis untuk bersaing dengan pemain-pemain senior United pada musim ini.

- Advertisement -