Saya mahu menjadi sebahagian dari perkembangan yang bagus di United

0

Jadon Sancho menunggu lama untuk menyertai Manchester United. Namun segala telah rasmi pada semalam.

Sancho telah menyampaikan mesej yang beremosi setelah berhijrah dari Dortmund di sosial media. Mesej yang disampaikan kepada kelab lamanya adalah ringkas dan manis.

Instagram Sancho telah menarik perhatian bukan sahaja peminat tetapi juga rakan-rakan pemain bola sepaknya.

Pemain Spurs, Dele Alli, Ben Chilweel dan Fikayo Tmori dari Chelsea antara yang memberikan ucapan tahniah.

Selain itu, pemain sayap Leverkusen, Leon Bailey juga tidak ketinggalan. Rakan sepasukan barunya di United Jesse Lingard juga telah mengucapkan selamat datang kepada Sancho.

Sancho berkata dalam sesi temuramahnya,”Saya boleh lihat perkembangan yang bagus di United ini dan saya mahu menyertai sebahagian daripada pasukan. Terutamanya dengan sejarah ketika era Sir Alex Ferguson, pasukan ini merupakan pasukan yang hebat satu masa dahulu dan ia merupakan mimpi menjadi realiti bagi saya. Saya pasti keluarga saya pasti gembria dan bangga dengan kehadiran saya ke sini.”

“Untuk pengetahuan umum, semasa saya di Dortmund saya telah bermain bola sepak dan tidak menghiraukan apa-apa gosip di luar sana. Saya hanya fokus kepada permainan dan memastikan pasukan saya berjaya. Sejujurnya selepas saya berjaya membuat beberapa penampilan di eropah, saya mula mendengar khabar angin mengenai minat United terhadap saya dan saya kini berada di sini bersama pasukan United.”

Maka dengan ini segala proses dan penantian yang dinantikan oleh peminat United berakhir dengan kegembiraan selepas kisah duka yang berlaku pada awal musim lepas. Peminat dan pengurusan United amat menginginkan kehadiran Sancho ke United disebabkan bakat dan kualiti yang ada kepada pemain muda ini.

- Advertisement -