“Saya fikir Greenwood boleh menjadi pemain yang sangat menarik untuk England untuk masa depan.” – Southgate

0

Gareth Southgate menegaskan Mason Greenwood masih tetap berada dalam perancangannya untuk skuad England walaupun terpaksa mengetepikan bintang Manchester United dari skuad semasa Three Lions, sambil menegaskan bahawa Mason dan Jude Bellingham masih melalu proses untuk berkembang menjadi yang terbaik.

newFile-4

The Three Lions akan melakukan perjalanan ke Andorra pada Sabtu depan dan kemudian menghadapi Hungary tiga hari kemudian ketika dalam aksi kempen kelayakan Piala Dunia, dengan Southgate menamakan skuad 23 pemainnya pada semalam.

“Ini adalah pemain-pemain yang akan terlibat dalam banyak perlawanan ketika ini. Kita harus ingat pemain-pemain muda ini masih berkembang. Kita harus sangat berhati-hati dalam menangani mereka.”

“Ini adalah dua pemain yang kami fikir boleh menjadi pemain yang sangat menarik untuk England untuk masa depan tetapi kami tidak mahu membebani mereka. Kita mesti memastikan bahawa kita membuat keputusan yang tepat.

0f25574e-9ed0-4c01-ace8-7cdc67b8f17a

“Oleh itu, saya mengadakan perbincangan dengan kedua pemain dan keluarga mereka, dan saya tidak melakukan sebarang urusan dengan kelab.”

Gareth Southgate juga mempertahankan tindakan beliau pada awal memanggil Greenwood ke skuad England untuk aksi Euro 2020 namun beliau ada sebab tersendiri menggugurkan nama Mason:

“Anda harus mengatakan bahawa mungkin itu sedikit terlalu awal, kerana beliau pada masa ini merasakan bahawa untuk memantapkan dirinya di United terlebih dahulu dan adalah cabaran besar, jadi saya dapat memahami sepenuhnya tentang keputusan itu. “

- Advertisement -