Buletin Manchester United

Saya-dapat-merasakan-United-akan-bersaing-untuk-mendapatkan-gelaran-kejuaraan

Saya dapat merasakan United akan bersaing untuk mendapatkan gelaran kejuaraan

Bruno Fernandes telah merasai perubahan yang berlaku kepada seluruh kem United selepas mereka  menentang Leicester pada ‘Boxing Day’. Seluruh pasukan kelihatan begitu kecewa kerana mereka merasakan mereka sepatutnya menang dalam perlawanan tersebut. United telah melepaskan gol pada minit terakhir perlawanan.

Pemain antarabangsa Portugal ini percaya dengan perubahan mentaliti sejak perlawanan tersebut, United berada dilandasan yang tepat untuk mendapatkan kejuaraan pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Fernandes berkata,’Selepas perlawanan menentang Leicester City, kami seri di minit akhir perlawanan, saya gembira melihat rakan sepasukan kelihatan begitu kecewa dan menyesal dengan kealphaan yang kami telah lakukan. Ini merupakan kali pertama saya melihat mereka berkeadaan seperti itu.’

‘Saya rasa, kami harus bersikap seperti itu pada setiap perlawanan supaya kami tidak akan mengulanginya dan bersemangat untuk mendapatkan kejayaan yang mutlak. Dengan ini, jika kami tewas atau seri, momentum untuk kami mendapatkan kemenangan untuk perlawanan berikutnya akan berlaku.’ Selepas perlawanan menentang Liverpool baru ini, Bruno mahu semua pemain memainkan peranan dan tidak mengharapkan kepada seseorang untuk melakukannya sahaja.

‘Perlawanan demi perlawanan kami tempuhi, dan kami melakukan lebih baik dan lebih baik. Sekarang hampir setahun saya berada bersama pasukan United. Walau pun masih ada kelemahan yang perl diperbaiki, tapi kami akui United yang sekarang lebih baik dari yang sebelum ini.’

Dalam masa yang sama, keputusan seri United ketika menentang Liverpool baru-baru ini membuatkan Bruno menerima kritikan yang pedas. ‘Apabila pemain tidak menjaringkan gol, semua orang akan bercakap mengenai perkara tersebut. Saya merasakan perkara tersbut pada diri saya. Mereka mengharapkan sesuatu daripada saya selepas saya berjaya menjaringkan gol dan mencipta gol untuk rakan sepasukan dan semuanya menunggu gol dan peluang yang dilakukan oleh saya.’

‘Perkara yang sama berlaku pada trio Liverpool, Salah, Firmino dan Mana, mereka tidak menjaringkan gol sejak beberapa perlawanan yang lepas, dan peminat mula mengatakan meraka tidak bermain dengan baik. Saya simpati dengan nasib mereka sama dengan nasib saya. Saya rasa perkara ini perlu diubah, kita tidak boleh melihat pada perkara tersebut secara berpanjangan, kerana pemain-pemain ini sentiasa bermain bersungguh untuk pasukan.’