Pemain baru menyertai Man United musim ini, tapi sudah berjaya menambat hati nurani peminat United. Ya, bukan dengan ketampanannya, atau ketinggiannya sekalipun, tetapi dengan jiwa dan kualiti yang diberikan dalam permainan untuk United..
Mendapat kritikan yang banyak belum pun bermula kempen musim baru. Dia sudah menjadi sebutan bahawa pemain ini tidak berjaya bermain di EPL..
Ya dialah Lisandro Martinez.. pemain yang tidak berapa tinggi untuk seorang pertahanan yang bermain di EPL yang penuh dengan fizikaliti.. Awal lagi dia dah terkena body shaming dengan beberapa pundit. Tetapi dia membalasnya dengan persembahan baik perlawanan demi perlawanan..
Namun bukan itu sebenarnya untuk di perkatakan.
Bagi pemain ini, walaupun dengan fizikal bertubuh kecil tetapi tuan punya badan juga selesa dengan posisi pertahanan tengah. Namun dia bersedia sekiranya dituntut untuk bermain di posisi lain seperti pemain tengah..
“Saya bermain di bahagian pertahanan tengah, saya berasa sangat baik dalam posisi ini, tetapi jika saya perlu bermain di bahagian tengah atau bermain di sisi, saya akan melakukannya untuk pasukan”
“Ia tidak penting. Apabila pasukan memerlukan anda , anda perlu berada di sana”
“Saya juga bermain sebagai playmaker semasa saya masih muda. Ia adalah kedudukan terbaik dalam bola sepak, tetapi ia berada pada tahap yang lain!
“Pengurus mahu membawa mentaliti yang betul di sini. Anda boleh lihat menentang Tottenham kami sangat agresif. Sangat bagus dari segi taktikal, dengan dan tanpa bola. Ia mengambil masa. Kami perlu bersabar. Tetapi kami berada di landasan yang betul.”
Martinez menambah bahawa bekas pemain United Gabriel Heinze merupakan idolanya..
“Gabriel Heinze adalah idola saya. Saya sukakannya. Saya suka cara dia bermain, sangat agresif, mentaliti yang hebat. Dia juga bagus dalam duel. Dia bermain setiap perlawanan seperti perlawanan akhir. Dia seorang pemain yang hebat. Saya cuba bermain seperti itu. Kami agak berbeza, tetapi saya suka mentalitinya.”
Unitee akan meneruskan kempen liga pada malam ini berdepan Chelsea di Stamford Bridge.. United akan cuba meneruskan momentum untuk memungut tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata..