Saya berada di kemuncak karier saya

(Photo by Marcio Machado/Eurasia Sport Images/Getty Images)
0

Fred telah memberitahu ketika ditemuramah bersama MUTV, dia merasakan yang dia kini berada di kemuncak kariernya. Pemain antarabangsa Brazil ini telah bersama United untuk musim ke-4 selepas melengkapkan perpindahan ke United dari Shakhtar Donetsk pada 2018.

Fred kini berusia 28 tahun sudah menjadi pemain utama untuk pasukan United dan Brazil. Dia sangat menghargai saat-saat ini dengan peranan yang dimainkannya. Fred berkata, ‘Pada usia ini anda sudah mempunyai banyak pengalaman sejak bermain secara profesional. Anda melalui perkara yang pahit dan manis. Apabila anda bermain di salah sebuah kelab besar di dunia bagi saya, iaitu United, itu adalah satu pencapaian terbaik buat diri saya. Saya merasakan saya berada dikemuncak karier saya. Ia sangat luar biasa dan satu kenangan abadi dalam karier saya.’

Walaupun Fred merasakan dia telah menikmati permainan bola sepak pada ketika ini, namun dia masih lagi sentiasa berkerja keras untuk menjadi lebih baik. Dia juga telah memberitahu yang dia sentiasa berlatih memantapkan ‘positioning’ permainannya apabila menerima bola dan bermain dengan ‘direct style’ supaya menggerakkan bola kehadapan. Pemain tengah ini juga menambah yang dia sentiasa melakukan latihan tambahan untuk memperbaiki permainannya.

Fred berkata, ‘Saya sentiasa mempunyai keinginan untuk memperbaiki dan berlatih dengan latihan tambahan memperbaiki cara saya membuat hantaran. Saya perlu pandai membaca permainan serta mempunyai ‘vision’ yang bagus dalam membuat hantaran. Objektif saya adalah untuk membawa bola ke hadapan. Oleh yang demikian saya sentiasa perlu bersedia untuk menerima bola daripada pemain pertahanan tengah atau mana-mana pemain. Ia penting kerana saya perlu memastikan kedudukan badan saya berada dalam keadaan baik sebelum membuat hantaran.’

Manchester United v Leeds United - Premier League
(Photo by Ash Donelon/Manchester United via Getty Images)

‘Ini adalah perkara yang paling penting. Saya sentiasa perlu memperbaiki dan menambahbaik perkara tersebut. Saya sentiasa menganalisis cara permainan saya supaya saya dapat memperbaiki bagi perlawanan akan datang. Saya memang perlu membetulkan kedudukan saya ketika berada diatas padang, melakukan hantaran, membuat pusingan badan untuk mengelak rampasan bola dari pihak lawan. Semua perkara ini saya berlatih setiap hari.’

Fred telah membuat 11 hantaran ke kawasan pasukan lawan, dengan 1 hantaran ke dalam kotak penalti pada musim ini. Dia telah melengkapkan 30 hantaran apabila diasak pemain lawan, dan merupakan ke-4 tertinggi dengan Paul Pogba mendahului senarai tersebut dengan 45 hantaran.

Dengan usaha yang telah dilakukan Fred ini kita dapat lihat kesungguhan dan ia harus mendapat pujian daripada peminat. Fred juga sedar dia kini berada di kemuncak kariernya. Inilah permainan yang terbaik kita dapat lihat dari Fred. Fred mungkin boleh melangkah jauh lebih baik dengan latihan tambahan yang dilakukannya itu. Dia menjadi nadi utama bahagian tengah United pada musim ini. Kehadiran Fred telah sedikit sebanyak menambah baik keadaan pemain tengah United pada ketika ini.

- Advertisement -