Pemain tengah Bruno Fernandes menyifatkan dia bersedia bermain di mana-mana posisi yang dimahukan oleh pengurus.
Pada musim ini saja Bruno Fernandes bermain bertukar-tukar posisi tidak kira diawal permainan mahupun semasa perlawanan berlangsung mengikut taktikal pengurus.
Bagi seorang pemain tengah yang lebih cenderung untuk menyerang, tetapi dengan kemampuannya yang ada, Bruno Fernandes juga mampu memikul tanggungjawab lebih dari itu. Dia sering berkorban untuk pasukan bermain diluar posisi kegemarannya untuk membantu pasukan
Dia sentiasa akan menawarkan kemahuan pengurus untuk menjayakan taktikal ketika permainan..
“Saya menawarkan apa yang pengurus perlukan daripada saya. Kami banyak berlatih dan saya suka melihat apa yang perlu dilakukan oleh pemain lain di atas padang.”
Selain itu Bruno juga mempunyai sifat kepimpinan yang bagus, sering berperanan sebagai penghubung kepada pemain seiring apa yang dimahukan taktikal dari pengurus.
“Seperti yang pengurus katakan berkali-kali, jika seseorang tidak melakukan apa yang dikehendaki daripada mereka maka kami perlu mengingatkan satu sama lain kerana itu boleh membantu menghantar mesej dari bangku simpanan ke atas padang.”
“Ia juga penting bagi saya untuk mengetahui bahawa saya boleh bermain dalam posisi yang berbeza dan melakukan perkara yang berbeza.
Walaupun posisi yang dia gemari adalah bermain dibelakang seorang penyerang, tapi Bruno Fernandes mampu bermain baik dimana-mana posisi dan dia akan lakukan dengan sepenuh baik..
“Pengurus mempercayai saya untuk bermain di sayap kanan, sebagai 8, di kiri atau di mana sahaja dia memerlukan saya bermain. Apa sahaja yang dia mahu, saya akan lakukan.”
“Saya tahu apa yang pengurus mahukan dan kemudian saya tahu apa yang perlu dilakukan jika dia memerlukan saya bermain di posisi itu.”
“Bagi saya, perkara yang paling penting ialah saya berasa paling yakin bermain sebagai pemain nombor 10, seperti di tengah padang, berbanding dengan keluar melebar atau lapan, tetapi saya juga tahu jika saya perlu bermain sebagai sayap kiri, sayap kanan, bek kiri atau penyerang tengah, ia tidak akan menjadi masalah.”
“Jika saya boleh membantu pasukan di posisi berbeza, itu akan menjadi matlamat utama saya.”