Saya akan kembali – kata Cavani

0

Edinson Cavani menyuarakan yang dia akankembali pada musim baru 21/22.

Kepulangan Cavani pada awal musim ini adalah lewat jika dibandingkan dengan pemain-pemain senior yang lain. United gembira untuk memberikan dia kelapangan untuk bercuti dengan keluarganya di Uruguay.

Dengan saingan Liga akan bermula esok, Cavani telah bersedia untuk pulang ke United.

Cavani telah duduk bersama keluarga ketika cuti musim panas ini dan merasakan ia merupakan saat yang indah berada di kediamannya ketika diluar padang. Dia pasti akan disambut oleh peminat dengan di saat dia kembali bermain di Old Trafford dan dijangka Old Trafford akan menjadi rumah keduanya.

Pada usia 35 tahun, Cavani memerlukan rehat secukupnya selepas musim yang begitu mencabar pada musim lepas. Dia pasti tidak akan diturunkan pada perlawanan pertama United menentang Leeds.

Tempoh kuarantin Cavani masih tidak dapat ditentukanpada ketika ini berapa lama masa yang akan di ambil ketika kepulangannya sebelum dia dapat menyertai latihan bersama rakan sepasukan.

Penyerang United ini telah melakukan latihan bagi mengekalkan tahap kecergasannya dalam persediaan musim baru ini. Cavani pada musim lepas telah menjaringkan 17 gol dalam 1 musim.

Dengan ketiadaan Cavani, makanya tugas penyerang utama bakal diambil oleh Martial dan Greenwood. Namun apabila Cavani telah kembali berlatih bersama United, dia pasti akan menjadi pilihan utama bagi penyerang tengah United.

- Advertisement -