Saul Niguez bagi respon kepada David De Gea, ada apa-apa ke tu?

0

Manchester United telah memulakan saingan Liga Perdanan Inggeris dengan bergaya selepas membenam musuh tradisi mereka iaitu pasukan Leeds United.

United menang dengan jaringan 5-1 menerusi gol-gol yang dijaringkan oleh Bruno Fernandes (3 gol), Fred dan Greenwood. 75 ribu peminat membanjiri Old Trafford dengan jutaan penontong yang menyaksikan siaran secara langsung perlawanan ini.

Raphale Varane telah di berikan penghormatan masuk menemui peminat dan sekaligus menjadi pemain baru yang United tandatangani pada jendela perpindahan musim ini. Ia merupakan satu ‘old style’ cara pemain baru dipersembahkan.

Dalam perlawnaan malam tadi, Paul Pogba telah mencipta 4 ‘assist’ dan itu adalah penampilan terbaiknya pada permulaan msuim ini.

Namun yang menjadi perhatian kita sekarang ini adalah, komen Saul Niguez. David de Gea telah muat naik di Instagram miliknya keadaan di Old Trafford dengan emoji ape. Ia memberikan gambaran semangat dan keterujaan peminat dalam menyaksikan kejayaan kemenangan malam tadi.

Saul telah memberikan respon tepukan pada ruangan komen Instagram de Gea. Saul merupakan pemain yang menjadi buruan pasukan United bagi posisi ‘defensive midfielder’pada musim ini. Ada laporan memberitahu, perbincangan sedang dilakukan mengenai perpindahan tersebut. Namun ini merupakan khabar angin. Perkara ini berlaku sejak beberapa musim yang lepas. Saul sering menjadi perhatian oleh pihak media mengenai gosip perpindahanke United.

Akan tetapi, persembahan yang dipamerkan oleh Fred dan McTominay pada malam tadi dilihat begitu meyakinkan. Fred kerap mencuba memberikan bantuan pada bahagian serangan, walaupun ada kala dia gagal membuat sentuhan pertama yang baik, tetapi dia berjaya menjaringkan gol untuk United. United juga memiliki pemain yang berkualiti di bangku simpanan seperti van de Beek dan James Garner.

Solskjaer juga ada menjawab pertanyaan mengenai perpindahan pertambahan pemain baru selepas Varane,’Saya merasakan apa-apa penambahan pemain baru adalah perkara yang baik bagi pasukan. Saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut, sebab ia semua perkara boleh berlaku dalam bola sepak.’

Jika Saul berhijrah ke United, ia akan memberikan impak positif kepada De Gea untuk terus kekal bersama United. Namun Saul berkemungkinan perlu bersaing hebat dengan pemain-pemain sedia United. Saul juga pasti akan mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan corak permainan Liga Perdana Iggeris. Ia merupakan satu proses pembelajaran kecuali dia benar-benar ‘gifted’ seperti Bruno.

- Advertisement -