Saul berminat untuk berhijrah ke Man United

Saul dikatakan ingin berhijrah kerana dia gagal mendapat tempat dalam senarai terakhir pasukan Sepanyol pada kejohanan Piala Eropah kali ini.

0 439

Man United dikatakn berpeluang cerah untuk membawa masuk khidmat pemain Atletico Madrid Saul Niguez menurut laporan The Sun.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu dikatakn berminat untuk menyertai Man United dengan jumlah perpindahan sekitar 40 juta pound. United perlu membayar gaji 115,000 juta pound seminggu untuk gaji terbarunya.

Selain itu, PSG dan Juventus juga berminat untuk membawa pemain tengah tersebut. Akan tetapi, Saul lebih cenderung untuk ke Man United.

Saul telah membantu pasukan Atletico Madrid menjuarai La Liga pada musim ini. Kelab tersebut merupakan satu-satunya kelab yang dia bermain sejak membuat penampilan profesional dalam liga kompetetif.

Saul dikatakan ingin berhijrah kerana dia gagal mendapat tempat dalam senarai terakhir pasukan Sepanyol pada kejohanan Piala Eropah kali ini. Dia ingin bermain dan berhadapan dengan cabaran baru pada musim hadapan.

Saul merupakan pemain tengah yang berkualiti. Dia merupakan pemain yang serba boleh dari segi melakukan serangan dan bertahan. Saul baru berusia 26 tahun masih mempunyai perjalanan karier yang masih panjang. DIa telah melakukan 33 penampilan, menjaringkan 2 gol dan 1 assists pada musim ini.