Pemain baru pertahanan United Raphael Varane telah memenangi banyak piala ketika bersama Real Madrid dan dia berharap dapat menambah koleksi pialanya semasa di Old Trafford.
Di telah mengikuti jejak langkat Laurent Blanc yang hadir ke United sebagai pemain Perancis yang pernah memenangi kejuaran Piala Dunia. Cuma perbezaanya adalah Varane hadir pada usia 28 tahun manakala Blanc menyertia United secara percuma ketika berusia 35 tahun.
Steve Bruce played for us until he was 35
Gary Pallister until he was 33
Ronny Johnsen until he was 33
David May until he was 33
Laurent Blanc until he was 38Even if Varane only plays to 33 like May, Johnsen and Pallister then he’ll be here for the full 5 years of his contract. https://t.co/QbzKouxBkU
— Jack D (@jackiechan7277) July 27, 2021
Varane sudah boleh diiktiraf sebagai pemain pertahanan lagenda Real Madrid dengan kejayaan yang dia miliki. Blanc mengakui pada tahun 2018 ia merupakan satu penghormatan untuk samakan dia dengan pemain pertahanan bintang Real Madrid dan Perancis itu.
Varane akan menjadi pemain Perancis ke-13 yang bermain untuk United.
7. Louis Saha: 124A, 42G
8. Patrice Evra: 379A, 10G (most appearances)
9. Gabriel Obertan: 28A, 1G
10. Paul Pogba*: 206A, 39G
11. Morgan Schneiderlin: 47A, 1G
12. Anthony Martial*: 258A, 78G#MUFC— PUN (@VoyasVirta) July 27, 2021
Blanc berkata pada 2018,”Dia lebih baik daripada saya. Dia mempunyai nasib yang bagus, dia mempunyai segalanya sebagai seorang pemain pertahanan. Dia telah bermain pada usia 19 tahun sehingga menjadi seorang seperti sekarang di kelab terbaik dunia.”
Laurent Blanc claimed that Real Madrid C.F. defender Raphaël Varane deserves to win the Ballon d'Or award. pic.twitter.com/jxyRzsLPfV
— Real Madrid Pakistan 🇵🇰 (@RealMadridPST) November 14, 2018
“Dia telah memenangi kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah dengan Real Madrid sebanyak 4 kali dan menjuarai Piala Dunia bersama Perancis. Dia telah bermain lebih dari 50 perlawanan di peringkat antarabangsa. Perkara ini sukar untuk lihat bagi seseorang pemain terutama di bahagian pertahanan untuk bermain sebanyak itu di peringkat antarabangsa.”
“Satu penghargaan pada diri saya.”
Blanc telah menyertai United sebagai peganti Jaap Stam. Secara umumnya faktor umurnya di penghujung karier pada waktu itu. Namun dia masih berjaya menampilkan kualiti yang dia ada pada waktu itu. Dia telah bermain bersama United pada 02/03 dan berjaya menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dia berharap Varane dapat mengulangi pencapaian tersebut.
Varane masih mempunyai perjalanan yang agak jauh bagi seorang pertahanan yang berusia 28 tahun dan berkemungkinan akan kekal di United sehingga penghujung kariernya. Dia pasti ingin membuktikan kualiti dan kebolehan dirinya bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris.