Berita Terkini

Satu mata keputusan yang adil.. Ten Hag

91f6148a 6411 4914 8abd 300079c22d76

Perlawanan antara Man United menentang Chelsea di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan seri 1-1. Kedua pasukan berkongsi satu mata dan kedudukan liga tidak berubah.

Chelsea masih diatas United dengan kelebihan satu mata. Apa yang menarik ialah bagaimana perlawanan itu bermula, berlangsung dan berakhir. Cukup dramatik..

United menguasai Chelsea diawal masa pertama dan Chelsea berikan respon selepas itu. Masuk ke babak kedua sedikit kendurkan intensiti dalam permainan. Perubahan pemain kedua pasukan berikan impak dalam game ni.

Chelsea berjaya mendapat penalti dengan kesilapan McTominay. Tetapi perlawanan berakhir dengan keputusan seri selepas pemain berkelas dunia Casemiro menyelamatkan Man United..

Erik ten Hag berasa gembira dengan jaringan yang dibuat Casemiro dan mereka juga membawa pemain ini kerana dengan kemampuannya melakukan tandukan

“Casemiro, ia adalah tandukan yang hebat daripadanya! Kami membelinya juga atas sebab ini. Kami memerlukan tandukan. Saya juga mahu menghormati semangat pasukan ini. Kami menentukan permainan pada separuh masa pertama. Kemudian mereka menukar sistem mereka (semasa Kovacic) masuk untuk Cucurella menjelang penghujung separuh masa pertama).

Ten Hag merasakan ini keputusan yang adil dan anak buahnya mempunyai karakter untuk melawan sehingga perlawanan tamat

“Akhirnya satu mata adalah keputusan yang adil. Adalah penting dalam tempoh ini untuk m menunjukkan kami boleh melawan. Ia adalah m perlawanan yang sukar, dan saya melihat bahasa badan pemain saya, mereka percaya, bertarung dan mendapat mata.”

Dalam soal penyudah yang amat memerlukan ketajaman, Ten Hag merasakan ianya akan hadir namun positif nya mereka mencipta beberapa peluang

“(Mengenai penyudah yang masih tidak seperti yang dia jangkakan) Perkara yang baik ialah kami mencipta beberapa peluang.  Kami akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.  (Matlamat) itu akan datang.”

Lain-Lain Artikel