Berita Terkini

Satu lagi aksi hebat De Gea membuat pasukan tidak dibolosi..

30c4882d Cd5a 4a93 91cd C7fb8a488261

Penjaga gol United David de Gea beraksi hebat dalam kemenangan selesa United mengalahkan Bournemouth tiga gol tanpa balas. United mengekalkan kedudukan ditangga keempat namun kini mempunyai mata yang sama bersama Newcastle ditempat ketiga

Jaringan United oleh Marcus Rashford Casemiro dan pertahanan Luke Shaw. United tidak dibolosi sejak kempen dimulakan semula selepas piala dunia

David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan menarik lawan yang cuba membolosi gawang United. Tetapi aksi tangkas De Gea tidak membenarkan perkara tersebut terjadi

Selepas perlawanan De Gea berkata

“Kami bermain dengan sangat baik dan menjaringkan gol daripada sepakan percuma dan pada separuh masa kedua, dalam 15 hingga 20 minit pertama kami mengawal permainan dengan baik.”

“Tetapi selepas gol kedua, Bournemouth melakukan beberapa serangan balas di mana terdapat ruang di dalam tengah padang dan kami tidak boleh membiarkan lawan mempunyai peluang seperti itu.

“Saya melakukan beberapa penyelamatan dan kami mendapat tiga mata pada akhirnya, jadi saya gembira.”

“Semua orang benar-benar fokus. Kami menukar komposisi dua bek tengah dan mereka bermain dengan sangat baik. Perasaan di bilik persalinan ialah semua orang mahu menang dan pergi dengan cara yang sama.”

“Kami menerimanya dari perlawanan demi permainan. Kami mempunyai satu lagi perlawanan besar menentang Everton pada hari Jumaat dalam Piala FA.

“Saya rasa pasukan itu agak letih pada penghujungnya tetapi kami akan cuba lagi dan akan cuba untuk menang.”

Lain-Lain Artikel