Sancho:”Saya tidak akan ubah gaya permainan saya disini”

0

BFF83275-CC5C-41C2-BBFD-572F6B4800FB E5BCE246-3568-4F44-BA20-45B413F0C056 69C1D4DC-5D5D-44CE-9127-3EF23EF2D8BE

Pemain muda Manchester United Jadon Sancho menegaskan dirinya tidak akan mengubah gaya permainannya seperti di Bundesliga meskipun pemain ini tidak menunjukkan sumbangan yang signifikan dari tiga perlawanan pertamanya bersama Manchester United.

Pemain yang bermain sebagai pemain sayap itu mengatakan bahawa dirinya akan terus bermain dengan gaya permainan yang sama seperti ketika dia bersama Borussia Dortmund.

Pemain berusia 21 tahun itu juga percaya kebolehannya sesuai dengan Liga Perdana inggeris itulah sebab mengapa ia berpindah ke United.

“Saya tidak boleh berhenti tersenyum, saya sangat gembira berada di sini dan menjadi sebahagian daripada The Red Devils dan pasukan terutama ketika saya membuat debut, rakan sepasukan memberi saya sokongan hebat dan menjadikan semuanya lebih mudah, “jelas Sancho seperti dilaporkan oleh Goal.

“Saya akan terus bermain dengan gaya saya, saya tidak akan mengubah apa yang saya lakukan di Jerman.Saya akan menggunakannya di sini dan saya harap dapat menunjukkannya kepada peminat. “

- Advertisement -