Sancho kelihatan ceria

0

Jadon Sancho kini bersama dengan kem pasukan England menunggu lama perpindahannya ke United sebelum diumumkan semalam.

United telah memaklumkan Sancho akan dipanggil untuk melakukan ‘medical checkup’ selepas England selesai terlibat dalam kejohanan Euro 2020.

Gambar Sancho berjaya diambil pada sesi latihan baru-baru ini di kem latihan pasukan England.

Wajahnya memberikan seribu makna. Gambar-gambar Sancho kelihatan begitu gembira dan bersemangat sempat ditangkap oleh jurgambar di sana.

Segala perbincangan mengenai perpindahannya telah tamat. Sancho kini boleh berasa lebih tenang dan meraikan kegembiraan tersebut.

Pasukan England akan bertemu Ukrain dalam perlawanan suku akhir di Rome Ahad pagi nanti.

Walaupun Sancho tidak memainkan peranan penting ketika England berjaya melayakkan tempat ke suku akhir, namun dia pasti akan menjadi pilihan berguna untuk pasukan Gareth Southgate nanti.

Drama perpindahan Sancho telah tamat, mungkin Southgate sudah bersedia untuk menurunkanya pada perlawanan suku akhir nanti.

Namun bagi perspektif pandangan United, bagus untuk Sancho untuk dimainkan secara pemain gantian bagi mengurangkan tekanan ke atas dirinya sebelum persediaannya bersama pasukan United pada musim hadapan.

Pasti ramai menantikan aksi pemain yang bernilai hampir 80 juta pound ini beraksi. Tekanan tersebut pasti tinggi untuk pemain muda seperti Sancho untuk hadapi. Lebih baik untuk di mendapat rehat yang secukupnya kerana musim depan dia pasti menjadi pemain penting bagi pasukan United.

Menurut laporan Sancho telah mendapat gaji lingkungan 250 ribu pound seminggu. Pasti aksi Sancho akan dinilai dengan nilai tawaran gaji dan perpindahan tersebut. Dengan demikian lebih baik dia bermain sebagai pemain gantian bersama pasukan England untuk mengurangkan tekanan yang bakal dipikulnya.

- Advertisement -