Sancho adalah kelebihan ketika England berhadapan Jerman

0

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford memberitahu kepada pemberita bahawa Jadon Sancho akan memberikan ancaman yang hebat kepada pasukan Jerman.

England akan bertemu Jerman di Stadium Wembley tengah malam ini dalam pusingan 16 pasukan terbaik. Sancho yang bermain bersama Borrusia Dortmund sejak 2017 begitu mengenali para pemain Jerman.

Menurut ESPN, Rashford percaya pengalaman Sancho di Jerman memberikan kelebihan kepada pasukan England. Dia mungkin merupakan kunci kejayaan England malam nanti.

Rashford dan Sancho masih belum dapat membarisi kesebelasan utama sejak perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020. Kelebihan mereka dalam serangan balas England mungkin merupakan titik tolak kemenangan England malam ini.

Ditanya pemberita mengenai fungsi Sancho Malam ini, beliau menyatakan yang Sancho telah mengenali setiap pemain Jerman lebih dari pemain lain dalam skuad England. Sancho telah bersama mereka dan sering bermain bersama atau menjadi lawan mereka di Bundesliga.

“Sancho mengetahui segalanya termasuklah karakteristik, kekuatan dan kelemahan para pemain Jerman. Ia pasti akan menjadi kelebihan kepada kami. Malam ini merupakan peluang kepada kami mendapatkan kemenangan. ”

Kebolehan Sancho Belum Dapat Diterjemahkan

Jadon Sancho masih tidak mendapat minit permainan yang diperlukan untuk membuktikan dia seorang pemain yang berkualiti di Euro 2020.

Sancho hanya dapat bermain beberapa minit sahaja ketika menentang Republik Czech. Hal ini menunjukkan dia tidak mungkin akan memulakan perlawanan menentang Jerman.

Kemenangan malam ini akan menentukan sama ada England akan bertemu Sweden atau Ukraine di pusingan suku akhir. Sancho pasti akan membaca permainan lawan dan akan diturunkan sebagai pengganti di pertengahan perlawanan.

Perlawanan ini penting untuk Sancho membuktikan yang dia sangat diperlukan di Manchester United selepas dia dijangka akan dibeli dengan harga yang lumayan.

- Advertisement -