Saham United melonjak naik sehingga 8% selepas pengumuman perjanjian perpindahan Ronaldo

0

B90545CB-2ABA-4FF0-B783-D5AB756B3CE0 996FEE86-9361-4BE7-8384-780D4C61FF07

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United ternyata telah memberi kesan besar kepada pasukan barunya itu.

Menurut CNN walaupun Cristiano Ronaldo belum secara rasmi menandatangani kontrak bersama United namun pemain itu telah membawa keuntungan kewangan kepada Manchester United. 

Menurut CNN, saham Manchester United melonjak naik kepada 8 peratus.Pergerakan saham United dinilai mengalami perubahan secara positif dimana Nilai kelab gergasi liga perdana Inggeris itu meningkat dalam masa yang singkat.

Nilai Manchester United dilaporkan meningkat menjadi £250 juta pound.Sekiranya saham United terus meningkat secara positif, keuntungan kelab juga akan lebih besar.

Selain mengalami peningkatan dari segi pengerakan nilai saham dan kelab ternyata laman rasmi web Manchester United juga tergendala seketika

kerana pengumuman perjanjian dengan Juventus untuk pemain Portugal itu.

Oleh kerana sistem laman web rasmi United menjadi ‘down’ tidak semua peminat dapat membaca pernyataan yang mengesahkan perpindahan tersebut.

Laman web Manchester United menjadi berat dan tergendala seketika setelah mereka mengumumkan menyetujui perjanjian dengan Juventus untuk membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford.

United akan membayar £ 12.8 juta sebagai bayaran untuk superstar Portugal itu, setelah menyelesaikan perjanjian dengan Juventus dalam masa lebih kurang 24 jam.

United mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Juventus pada jam 4:53 petang waktu disana dengan menyiarkan pautan ke pernyataan kelab di Twitter.

“Manchester United dengan senang hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai kesepakatan dengan Juventus untuk perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk pada persetujuan mengenai syarat peribadi, visa dan perubatan,” kata pernyataan itu.

- Advertisement -