Berita Terkini

Ruud Van Nistelrooy Terlalu Obses Dengan Jaringan Thierry Henry

Polish 20211111 205329148

Paul Scholes mengimbau kembali bagaimana Ruud van Nistelrooy terlalu obses dengan jaringan gol penyerang Arsenal, Thierry Henry sepanjang lima tahun pemain Belanda itu bersama United.

Polish_20211111_203423323
Ketajaman ledakan gol Nistelrooy semasa beliau bermain untuk United sering menjadi bualan peminat-peminat sukan bola sepak.

Bekas pemain jersi No. 10 yang ditandatangani dari PSV Eindhoven pada musim panas 2001 itu telah menjaringkan 150 gol dalam 219 penampilan dan menduduki tangga ke 11 dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Man Utd.

Dalam tempoh 5 tahun van Nistelrooy di United, Arsenal dianggap saingan utama bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris. Kebiasaannya menentang The Gunners sering menjadi pertemuan yang sengit, panas dan penuh kontroversi. Persaingan dengan skuad Arsene Wenger juga berlarutan hingga ke statistik individu. Scholes menjelaskan, van Nistelrooy begitu gigih untuk mendahului jaringan Henry dalam setiap musim.

Polish_20211111_201956182

0_GettyImages-1232671

Polish_20211111_201932575
Pertengkaran dan pergaduhan memang tidak asing lagi dalam pertembungan antara Arsenal dan Manchester United terutamanya pada tahun 1996 hingga 2005.

“Saya bermain posisi No. 10 bersama Ruud selama satu musim,” kata Scholes.

“Dia bersungguh-sungguh mahu menjaringkan gol. Hidupnya hanya untuk menjaringkan gol. Setiap kali dia berjaya atau gagal menjaringkan gol, perkara pertama yang akan dilakukannya ketika kami menaiki bas pasukan selepas selesai perlawanan adalah melihat adakah Henry berjaya menjaringkan gol.”

“Sekiranya Henry berjaya menjaringkan gol, dia akan duduk senyap dalam perjalanan pulang kerana dia begitu bersungguh-sungguh untuk menjadi penjaring gol terbanyak. Bukan hanya di United tetapi di liga, di dunia dan di mana-mana sahaja.”

Polish_20211111_202950183
Ruud van Nistelrooy dan Scholes merupakan rakan sepasukan yang sering berganding bahu bersama untuk membentuk jentera serangan yang digeruni.

“Saya suka cara van Nistelrooy melakukannya. Saya pernah bermain dengan ramai penyerang yang handal seperti Cole, Yorke, Sheringham, Solskjaer termasuk juga Van Persie. Terdapat antaranya yang sukar kita duga. Tetapi, bagi saya, Ruud adalah seorang penyerang yang terbaik.”

+ Van Nistelrooy vs  Thierry Henry

Persaingan sihat antara Ruud dan Thierry berlaku sangat sengit selama lima musim, mendorong mereka berdua berusaha menghasilkan jaringan demi jaringan untuk mencapai statistik yang luar biasa dalam semua pertandingan.

Polish_20211111_204726689
Tindakan United membawa masuk Nistelrooy daripada PSV Eindhoven membuahkan hasil apabila penyerang itu menyumbang banyak gol dalam perlawanan-perlawanan penting.
Polish_20211111_204110305
Bagi Arsenal, kelibat Henry di bahagian serangan membuatkan pasukan itu berjaya mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana pada kempen 2001 dan 2003.

Mereka berdua masing-masing melakar sejarah tersendiri. Van Nistelrooy, misalnya, menjaringkan 44 gol di semua pertandingan pada tahun 2002/03 dan tidak ada pemain Liga Perdana Inggeris yang pernah menjaringkan lebih banyak gol dalam satu kempen. Pemain Belanda itu juga menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut pada tahun 2003 dan catatan itu kekal hingga 2015 sehinggalah Jamie Vardy dari Leicester City berjaya memecahkan rekod itu dengan menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Polish_20211111_200707100
Selain United dan Arsenal, persaingan antara penyerang bagi kedua-dua pasukan juga tidak kurang hebatnya.

Walaupun Henry memenangi lebih banyak anugerah Golden Boot dalam persaingan luar biasanya dengan van Nistelrooy (4 kemenangan daripada 5), namun perlu diingat bahawa sebahagian daripada kemenangan itu dibantu oleh masalah kecederaan van Nistelrooy pada tahun 2004/05.

Realitinya dalam dunia bola sepak di England, pemenang sebenar adalah peminat yang dapat menyaksikan aksi kedua-duanya pada setiap minggu. Menonton kedua-dua pemain itu beraksi adalah perkara yang dinantikan bagi semua peminat bola sepak dan standard yang mereka tetapkan tidak dapat dicapai hingga sekarang.

+ Berikut adalah statistik jaringan kedua-dua pemain:

~ Van Nistelrooy
2001/02 = 36 gol di semua pertandingan (23 di Liga Perdana)
2002/03 = 44 gol di semua pertandingan (25 di Liga Perdana)
2003/04 = 30 gol di semua pertandingan (20 di Liga Perdana)
2004/05 = 16 gol di semua pertandingan (6 di Liga Perdana)
2005/06 = 23 gol di semua pertandingan (21 di Liga Perdana)

~ Henry
2001/02 = 31 gol di semua pertandingan (24 di Liga Perdana)
2002/03 = 32 gol di semua pertandingan (24 di Liga Perdana)
2003/04 = 39 gol di semua pertandingan (30 di Liga Perdana)
2004/05 = 30 gol di semua pertandingan (25 di Liga Perdana)
2005/06 = 33 gol di semua pertandingan (27 di Liga Perdana)

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

23 hours ago

16 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

2 days ago

27 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Tak pernah terduga aku lega bila Maggy available this weekend. Dulu tak cukup tanah aku merempan tgk nama dlm starting xi. Sorry Mag byk kecam bro dulu...manusia mana kan tak buat kesilapan 🤣 Tapi kalau buat kelakar kat Wembley, awas ya!!

Geng2 mcm Rashford Sancho bleh tgk Maguire ni.. kena tarik captaincy, kena kecam teruk oleh 1 Dunia, bukan fans mu je.. tpi still improve and improve... Kdg2 ada mistake jugk, tpi still.. much better drpd sblum ni.. bola kt udara tu, mmg dia lh king

Load More