Rumusan selepas kemenangan ke atas West Ham

0

United mengambil masa selama 120 minit untuk menewaskan West Ham 1-0 pada pusingan ke-5 Piala FA awal pagi tadi. Menang tetap menang tetapi United seharusnya boleh melakukan persembahan lebih baik daripada yang mereka pamerkan pada perlawanan tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer membuat keputusan untuk merehatkan beberapa pemain utamanya untuk memberi peluang kepada pemain lain beraksi. Ketpusan ini jelas hampir memerangkap United sekali lagi. United jelas mempersia-siakan banyak peluang pada separuh masa pertama. Ia terus memberi peluang untuk pasukan West Ham melakukan serangan.

Gol kemenangan United diperolehi pada minit ke 97 hasil jaringan McTominay. Barisan serangan United buntu mencipta gol. Solskjaer puas hati dengan keputusan berkenaan walaupun dari mata kasar, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh mereka. Solskjaer telah merombak hampir keseluruhan pasukannya pada perlawanan awal pagi tadi. United nyaris kehilangan tiket ke pusingan suku akhir.

Ketiadaan Bruno Fernandes amat dirasai oleh United. Mereka gagal memberikan tekanan kepada pasukan West Ham yang begitu berdisiplin ketika bertahan. Kesebelasan United gagal menembusi dan mencipta peluang yang boleh menghasilkan gol. Hanya 1-2 kali percubaan yang dikatakan hampir mendapatkan gol bagi pasukan United. Jelas United amat memerlukan Pogba dan Bruno.

Solskjaer memberi peluang kepada Donny van de Beek untuk bermain pada awal pagi tadi. Tetapi sayangnya, Donny kurang memberi impak ketika United melakukan serangan. Dia tidak bermain dengan baik. Dia tidak banyak melakukan sentuhan-sentuhan yang mampu memberi peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol. Lagi mendukacitakan, dia kerap kehilangan bola. Mungkin bekas pemain Ajax ini tidak boleh dipersalahkan kerana dia masih belum boleh menadaptasikan cara permainan United. Donny lebih sesuai bermain dengan corak permainan hantaran-hantaran pendek dan 1-2. Mungkin sebab itu, dia masih lagi gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama United.

Ketika pemain-pemain serangan United gagal menghasilkan gol, maka muncul anak muda McTominay menjadi wira pasukan United. Dia yang dimasukan sebagai pemain gantian merupakan seorang pemain tengah ‘defensive’. Dia jarang naik ke atas terutamanya masuk ke dalam kotak penalti. Mungkin kelekaan pemain West Ham telah memberikan ruang kepadanya untuk membuat larian lalu menjaringkan gol kemenangan United.

Walaupun United telah berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala FA, namun persembahan ini tidak bolek memberi jaminan kepada United untuk menjuarai Piala FA ini. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Solskjaer bagi memastikan United berjaya mempamerkan aksi yang mantap.

- Advertisement -