Roy Keane telah mengkritik mengenai komen Ole Gunnar Solskjaer

0

Lagenda Manchester United Roy Keane telah mengkritik mengenai komen Ole Gunnar Solskjaer baru-baru ini.Dia menilai pengurus United itu tidak boleh berputus asa dan harus menanamkan sikap terus berjuang untuk menjadi juara EPL musim ini. Pada hujung minggu lalu,Manchester United menelan keputusan buruk setelah mencatat keputusan seri bertemu Everton. Selepas perlawanan, Solskjaer telah membuat komen menarik.

Dia mengatakan Manchester United tidak boleh menganggap diri mereka sebagai calon juara setelah menelan keputusan memalukan itu di Old Trafford. Dan ternyata komen Solskjaer itu telah membuatkan Keane bersuara dan mengatakan ia tidak setuju melihat Ole yang seakan seperti berputus asa. Keane mengatakan bahawa United ketika ini tidak terlalu jauh dari kedudukan teratas.

‘Selepas tamat perlawanan ,Ole menunjukkan bahawa pasukannya belum bersedia menjadi juara,’ jelas Roy Keane kepada Sky Sports. ‘Ketika anda bermain di Manchester United, dan pasukan anda berada di puncak, maka anda harus percaya bahawa anda boleh memenangi gelaran liga. Jika tidak, apa gunanya bermain di Man United? Mereka harus mempunyai mentaliti untuk sentiasa menang ketika menghadapi pasukan mid-table, itu adalah sesuatu yang sederhana.Saya sendiri tidak bertolak ansur dengan idea yang mengatakan United tidak bersedia untuk menang.’

Keane menganggap bahawa United sebenarnya mempunyai modal yang baik untuk menjadi juara EPL musim ini. Oleh itu, mereka harus memanfaatkannya dan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi juara. ’12 bulan yang lalu, tidak ada yang menyangka bahawa United dapat mencabar Manchester City. Tetapi saya fikir mereka akan menjadi pasukan kedua terbaik di liga musim ini. Jika mereka tidak percaya mereka boleh menjadi juara, kemungkinan mereka tidak akan menjadi juara. Tetapi mereka mempunyai kemampuan untuk menjaringkan banyak gol dan itu adalah perkara yang sangat baik.’

- Advertisement -