Berita Terkini

Roy Keane : Jangan terlalu mengharapkan 2 pemain ini jika anda inginkan United menjuarai Liga Perdana Inggeris

Jangan Terlalu Mengharapkan 2 Pemain Ini Jika Anda Inginkan United Menjuari Liga Perdana Inggeris

Manchester United dijangkakan akan mengkahiri badi kemenangan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka pada musim hadapan. Namun, Roy Keane tidak pasti bekas kelabnya itu dapat mencapai impian tersebut selagi Ole Gunnar Solskjaer masih mengharapkan 2 pemain ini.

Musim ini, jika United berjaya mendapatkan kememangan ke atas Fulham, maka United akan menjadi naib juara pada musim ini secara rasminya. Gelaran juara telah disahkan menjadi milik Manchester City yang berada di kedudukan teratas.

Walau bagaimanapun, status naib juara pasti sesuatu yang bukan menjadi idaman para peminat United. Kekalahan yang dialami pada hari Jumaat lepas menjadikan perbezaan mata Manchester United dengan penghuni tempat ketiga, Leicester City, semakin kecil.

Manchester United tewas di tempat sendiri dengan Liverpool di Old Trafford, dengan jaringan 2-4. Beberapa hari sebelumnya, skuad Ole Gunnar Solskjaer tumbang di tangan Leicester City. Dua kekalahan berturut-turut ini jelas membimbangkan kem pasukan United dalam persediaan mereka dalam perlawanan akhir Piala Europa.

Keane, yang kini bekerja sebagai pengulas dan pengkritik berita, cukup lantang bersuara jika Manchester United mendapat keputusan yang buruk. Terutama ketika United tewas kepada Liverpool baru-baru ini. Keane telah menjadikan dua pemain ini sebagai sasaran utama kemarahanya.

Dua pemain tersebut ialah Scott McTominay dan Fred. Menurut Keane, Manchester United tidak akan dapat menjadi juara sekiranya mereka masih kerap menggunakan khidmat pemain ini. Mungkin dia faham peranan besar sebagai bekas pemain tengah United ketika suatu masa dahulu.

“Lihatlah prestasi kedua pemain tengah itu. McTominay adalah pemain yang baik dan bagus. Dan mereka mempunyai Fred,” kata Keane kepada Sky Sports.

“Selagi kedua pemain ini masih berada dalam kesebelasan utama pemain tengah Manchester United, mereka tidak akan berjaya dalam kejohanan yang besar. Saya tidak percaya mereka berdua ini mampu memainkan peranan penting dalam perlawanan besar untuk United,” sambungnya.

Keane tidak akan menganggap Manchester United akan menjadi pasukan yang berjaya jika mereka hanya menjadi naib juara pada musim ini. Terutama jika mereka tewas di perlawanan akhir Liga Europa menentang Villarreal.

“[Memenangi Liga Europa] adalah yang paling bawah senarai keutamaan saya pada awal musim. Ingatlah, pada awal musim mereka bermain di Liga Juara-Juara,” tambahnya.

“Kegagalan tersebut tidak boleh diterima selepas mereka menundukkan PSG di tempat lawan. Peluang United dilihat begitu cerah untuk keperingkat seterusnya tetapi segalanya berubah sekelip mata. Piala Juara-Juara Eropah merupakan kejohanan tertinggi di Eropah,” pungkasnya.

Bagi pendapat admin, United harus menang dalam perlawanan akhir Piala Europa untuk memastikan 1 piala ini menjadi milik mereka. Ia merupakan sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan setelah 2 tahun Ole Gunnar Solskjaer membawa perubahan kepada pasukan United. Percayalah kepada perubahan yang telah dilakukan oleh pengurus anda. Kejayaan pasti akan hadir!

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!, Case memberitahu Chiringuito. 

Casemiro: Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi.

Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: "Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

"Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!", Case memberitahu Chiringuito.

Casemiro: "Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: 'Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi".

"Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid".

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

24 hours ago

71 CommentsComment on Facebook

ETH plak dgn pemain2 dia "Awak berambus dr kelab" " Tiada pemain lebih besar dr kelab" Skrg dduk No7/8 😂😂😂😂🤭🤭🤭🤭

That's why player Real Madrid cakap, man management Ancelotti bagus, dia ada skill urus player dengan baik berdasarkan situasi. Tak selalu lembut macam Ole & tak selalu keras macam Eth 🤣

Real sekarang tgh enjoi ngan player2 muda belia

Load More

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

2 days ago

22 CommentsComment on Facebook

Kenapa antony?

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Load More