Buletin Manchester United

Rooney-dapatkan-Teden-Mengi-secara-pinjaman

Rooney dapatkan Teden Mengi secara pinjaman

Wayne Rooney telah mengadakan perbicangan dengan Manchester United untuk mendapatkan khidmat secara pinjaman pertahanan tengah muda bertaraf bintang, Teden Mengi. Tendi Mengi telah mewakili pasukan England bawah 18 tahum dijangka akan hadir ke Derby County untuk pemeriksaan kesihatan sebelum melengkapkan perpindahan secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pengurus Derby, Wayne Rooney dikatakan begitu bersemangat untuk membina semula pasukan sedia Derby walaupun pasukan berkenaan sedang menghadapi krisi kewangan yang berterusan pada ketika ini. Pemain akademik United ini telah mendapat pendedahan latihan bersama dengan pasukan senior pada musim ini. Mengi telah melakukan penampilan pertamanya pada Ogos 2020 ketika menentang LASK di Piala Europa.  Dia juga pernah disenaraikan sebagai pemain simpanan ketika perlawanan menentang FC Copenhagen dan Sevilla.

Untuk musim 20/21 ini, dia masih belum berjaya membuat penampilan bersama pasukan senior United. Mengi ada disenaraikan sebagai pemain simpanan ketika perlawanan Piala Carabao semasa menentang Luton Town dan Brighton & Hove Albion di mana United menang 3-0.