Ronaldo terpaksa berkorban menerima pemotongan gaji sekiranya kembali ke Old Trafford

0

Spekulasi baru telah beredar mengenai masa depan Cristiano Ronaldo.Penyerang Juventus itu dikatakan harus bersedia memotong separuh gajinya jika kembali ke Manchester United.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Ronaldo dikatakan tidak gembira di Juventus kerana menurut beberapa sumber kapten Portugal itu mahu meninggalkan Turin meskipun ia masih mempunyai baki satu tahun kontrak dengan kelab itu.

Terdapat beberapa pasukan terkemuka Eropah yang telah dikaitkan dengan Ronaldo.Salah satu yang terkuat adalah Manchester United yang dikhabarkan akan menjadi destinasi Ronaldo.

Dilaporkan dari Cultofcalcio,Ronaldo harus membuat pengorbanan besar jika berpindah ke Manchester United kerana ia harus merelakan gajinya yang besar untuk dipotong.

Menurut laporan itu, Manchester United bersedia membawa kembali Ronaldo ke Old Trafford dengan syarat dia sanggup menurunkan tuntutan gajinya.

Gaji Ronaldo di Juventus ketika ini cukup besar.Oleh itu, mereka dilaporkan hanya mampu membayar Ronaldo separuh daripada gaji yang dia dapatkan di Juventus.

Menurut laporan itu, Ronaldo belum membuat keputusan mengenai masa depannya.Penyerang itu masih dalam mood bercuti Setelah pasukan kebangsaan Portugal tersingkir dari Euro 2020.

Dalam beberapa minggu ke depan,dia akan membuat keputusan sama ada akan bertahana di Juventus atau berpindah kelab.

Selain United ada satu kelab lain yang berminat untuk mendapatkan Ronaldo, iaitu PSG.Tetapi PSG juga dilaporkan tidak dapat membayar gaji mahal Ronaldo.

(Cultofcalcio)

- Advertisement -