Ronaldo, Rooney dan Ronaldinho adalah idola bagi Sancho

0

Peminat United pasti tidak sabar untuk melihat aksi Sancho dengan jersi berwarna merah ini untuk bermain di Old Trafford.

Sancho ditanya mengenai siapakah pemain yang menjadi inspirasi di United yang akan membantu dia bermain dengan baik ketika bersama United kelak.

Sancho telah memetik nama Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo ketika era Sir Alex Ferguson.

Apabila ditanya siapakah pemain yang menjadi pengaruh dan model kepada dirinya,”Ronaldinho dan sudah tentu juga Wayne Rooney. Mereka berdua ini adalah lagenda yang boleh kita ikuti dan jadikan idola.”

Sancho juga juga telah ditanya mengenai bekas pemain United yang akan menjadi ‘role model’ dalam permainannya kelak.”Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Saya juga mempunyai pendapat tersendiri dan sudah tentu Cristiano Ronaldo.”

“Apa yang dia telah lakukan dalam karier bola sepaknya adalah sangat fantastik. Dia bermula dari sebuah kelab Sporting Lisbon dan kemudian datang ke United menjadi seorang bintang sehingga sekarang. Ia merupakan sesuatu yang bagus apabila pemain lagenda seperti Ronaldo merupakan pemain United.”

“Dia berjaya mengembangkan kariernya di United dengan sangat cemerlang. United merupakan sebuah kelab yang besar. Dia telah memenangi banyak piala bersama United. Ramai pemain lagenda yang bermain untuk United sebelum saya datang ke sini. Saya gembira dengan jersi yang saya pakai sekarang.”

Sancho juga telah memberitahu yang dia merupakan pemain yang berbeza dari Ronaldo, Rooney atau Ronaldinho dengan skil yang berbeza. Dia harus menunggu beberapa musim sebelum mengambil jersi no 7 yang merupakan jersi keramat Ronaldo pada sebelum ini.

- Advertisement -