Romelu Lukaku dan Scott McTominay ucap selamat maju jaya kepada Tuanzebe selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Aston Villa

0

Axel Tuanzebe telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Aston Villa pada minggu ini. Keadaan ini baik untuk perkembangan karier Tuanzebe untuk mendapat minit permainan yang lebih baik. United telah melengkapkan perindahan Varane baru-baru ini yang menyebabkan peluang Tuanzebe untuk bermain adalah semakin tipis.

Tuanzebe telah muat naik gambar dia memegang baju Aston Villa dengan abangnya yang juga ejen peribadinya. Tuanzebe sudah bersedia untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Aston Vila pada musim ini.

Pelbagai reaksi yang diterima Tuanzebe dalam media sosialnya. Pemain tengah United Scott McTominay telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuanzebe begitu juga dengan bekas rakan sepasukannya di akademik United, Fosu-Mensah.

Bekas penyerang United Romelu Lukaku juga telah menyampaikan mesej selamat maju jaya kepada Tuanzebe. Lukaku berkemungkinan akan berahdapan dengan Tuanzebe pada suatu hari nanti kerana dia hampir melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan nilai 97.5 juta pound.

Bekas rakan sepasukan Tuanzebe di ASton Villa, Tammy Abraham dan bekas jurulatih John Terry juga telah menyampaikan kata-kata semangat kepadanya.

Tuanzebe jelas sekali merupakan pemain yang dikenali ramai. Dia amat memerlukan perpindahan pinjaman ini bagi menghidupkan semula kariernya.

Dia telah menjadi watak utama pasukan Aston Villa pada 2 musim lepas kerana membantu pasukan itu naik ke Liga Perdanan Inggeris dan pasukan ASton Villa terus kekal sehingga musim ini.

Tuanzebe tidak sabar untuk bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. DIa pasti akan memulakan perjalanan karier barunya dengan penuh bersemangat dan keazaman yang tinggi. Selamat maju jaya Tuanzebe.

- Advertisement -