Robert Pires yakin Varane akan berjaya di United

0

Kehadiran Varane masih lagi dinanti-nantikan oleh peminat United pada minggu ini. Varane dijangka akan melengkapkan perpindahan 34.8 juta pound.

Varane dikatakan mempunyai kualiti yang bagus untuk menghadapi saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Dia sering berjaya membuat penampilan yang baik dalam seitap penampilannya pada sebelum ini.

Bekas pemain Arsenal, Robert Pires percaya Varane akan berjaya di United walaupun ia pasti akan menghadapi musim pertama untuk setiap perlawanan dengan penuh cabaran dan kejutan.

‘Raphael Varane pasti boleh menyesuaikan diri dengan permainan bola sepak Inggeris. Pasti akan ada perlawanan-perlawanan tertentu dia akan menerima serangan fizikal yang kuat namun dia seorang pemain yang berpengalaman. Gandingannya bersama Maguire pasti mampu menghadapi situasi-situasi getir di bahagian pertahanan.’

Gandingan Varane dan Maguire dijangka akan menjadi gandingan yang digeruni oleh kelab-kelab di eropah nanti.

Varane telah buktikan dengan pencapaian yang bagus ketika bersama pasukan Real Madrid dan Perancis pada sebelum ini. Manakala Maguire telah membuktikan tanda harganya sejak kehadiran ke United dengan terpilih sebagai pemain pertahanan untuk pasukan terbaik Euro 2020 dan Piala Dunia 2018. Dia telah memainkan peranan yang cukup bagus kepada pasukan United pada musim lepas.

- Advertisement -