Buletin Manchester United

Rio-kecewa-dengan-pertahanan-United-yang-membawa-kepada-gol-kemenangan-Sheffield-United-1

Rio kecewa dengan pertahanan United yang membawa kepada gol kemenangan Sheffield United

United mendapat tamparan hebat pada perlawanan awal pagi tadi dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kalah 2-1 di tempat sendiri dengan Sheffield United. Oliver Burke menjaringkan gol kemenangan 15 minit sebelum tamat permainan dengan bantuan beberapa pertahanan yang kurang bersungguh-sungguh ketika bertahan.

Dan legenda Old Trafford, Ferdinand berada di studio BT Sport untuk menguraikan fasa permainan yang mengakibatkan United tewas dalam perlawanan tersebut. Rio yang telah memenangi 6 kali gelaran liga berkata: ‘Saya tidak melihat intensiti itu di sini, dan ini bukan hanya mengenai Martial, bukan hanya mengenai dia – saya boleh memilih siapa orangnya dan saya akan memetik namanya.’

Rio-kecewa-dengan-pertahanan-United-yang-membawa-kepada-gol-kemenangan-Sheffield-United-2

‘David de Gea harus mengeluarkan bola keluar dari padang pada situasi itu. Martial tolonglah lari ke arah pemain yang mengawal bola itu, tolong pergi ke sana dan lakukan asakan ketika dia masuk melakukan ancaman ke arah pintu gol. Tetapi dia tidak melakukannya. Begitu juga dengan Encik Matic, tolong lakukan asakan ke arah pemain tersebut. Pasukan lawan begitu selesa membuat hantaran tanpa di asakan oleh pemain-pemain United.’

Rio-kecewa-dengan-pertahanan-United-yang-membawa-kepada-gol-kemenangan-Sheffield-United-3

Ferdinand dan Peter Crouch kemudian mempersoalkan ‘keinginan’ para pemain United kerana mereka gagal memberikan tekanan kepada pasukan lawan ketika pasukan lawan sedang melakukan serangan. Ferdinand berkata: ‘Perhatikan reaksi Telles untuk mendapatkan bola itu – perlahan, tertunggu-tunggu, berjoging, apa yang dia ingin lakukan? Mereka semua turun dalam perlawanan kali ini tanpa keinginan untuk menang. Apa yang saya boleh katakan, saya kecewa dengan persembahan mereka dengan kualiti pemain yang ada. Saya anggapkan mereka tidak pamerkan semangat atau mereka memandang rendah pasukan lawan.’