Rio Ferdinand teruja dengan perkembangan Greenwood

0

Mason Greenwood berjaya mengetuai jentera serangan United dengan mencatatkan kemenangan bergaya menentang Leeds pada perlawanan Sabtu lepas.

Greenwood telah menjaringkan gol ke-2 United dalam kejayaan 5-1 pada perlawanan tersebut. Greenwood telah berlari separuh padang di sayap kiri sebelum melepaskan tendangan leret di bucu kanan tiang gol pasukan lawan.

Pemain muda ini merupakan pemain muda ke-3 United yang telah menjaringkan 30 gol sebelum usianya mencecah 20 tahun. Rio Ferdinand sangat gembira dengan perkembangan pemain muda ini.

Rio telah berkata dalam YouTube channel, dia percaya perubahan fizikal Greenwood menjadi faktor kepada perkembangan prestasinya di dalam permainan.

“Saya menonton sepanjang perlawanan tersebut, saya tahu ada dikalangan jurulatih yang berkerja di belakang tabir untuk memastikan pemain ini berada di tahap terbaik. Ia tidak mengejutkan. Hasilnya dapat dilihat ketika di atas padang. Perubahan bentuk fizikalnya memberi kesan yang amat baik kepada dirinya. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan. Musim ini dia akan bersaing dengan pemain-pemain lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama United.”

“Ada kala, seorang pemain penyerang sudah mempunyai tubuh badan yang tegap secara semula jadi seperti Wayne Rooney. Namun bagi Greenwood, dia perlu melakukan proses tersebut. Dia di antara pemain yang menonjol dalam perlawanan baru-baru ini selain Pogba dan Bruno. Dia sentiasa melakukan gerakan yang baik, meminta bola dan melakukan ‘pressing’ kepada pertahanan lawan. Untuk berlari separuh padang dan menyudahkan di bucu kanan tiang gol adalah sesuatu yang menakjubkan. Dia telah memberikan tenaga dan kekuatan dalam larian sebelum menjaringkan gol.”

“Saya rasa jika dia sertai pasukan England ketika Euro lepas, dia pasti berjaya memberikan impak yang bagus sebagai pemain gantian, kerana dia tahu cara menjaringkan gol dalam semua situasi keadaan.”

Greenwood kerap bermain di bahagian sayap kanan dalam kesebelasan utama United pada musim lepas. Namun kemungkinan dia kini akan diberi peluang untuk bermain di bahagian penyerang tengah dengan kehadiran Jadon Sancho. United kerap memberikan dia peluang untuk membuat larian ke bahagian tengah , dia pasti sentiasa akan berada dalam kesebelasan utama United pada musim ini.

Jelas sekali, Greenwood telah banyak pelajari semua ini sejak kehadiran Cavani dalam pasukan United. Cara pergerakan dan larian yang dia lakukan bertambah baik. Cavani sudah kembali berlatih bersama pasukan United. Namun Solskjaer tidak akan tergesa-geas untuk menurunkan Cavani dalam perlawanan seterusnya.

- Advertisement -