Seperti bekas pemain England yang lain, mereka terarah akan menjadi pundit selepas bersara. Ia salah satu cara mereka meneruskan dalam arena bolasepak Inggeris
Nama Rio Ferdinand sering menghiasi akhbar dan media dengan pendapat yang diberikannya. Ia sama ada menghentam atau memuji terutama kelab Man United..
Bekas pemain pertahanan United itu yakin bahawa kelab seperti Arsenal Man City dan juga bekas kelabnya United akan mengakhiri empat tempat teratas musim ini..
Namun pilihan satu kelab lagi tidak begitu terperinci ketika ini. Dan ianya sudah pasti menjadi perebutan beberapa kelab elit dan juga kelab yang meningkat naik musim ini iaitu Newcastle United..
Dia berkata dalam saluran YouTube nya FIVE bahawa ramalannya empat teratas tidak lari jauh dari tiga kelab yang disebutkan
“Ia akan menjadi Arsenal dan Man City Man United adalah tiga yang saya akan menempatkan saya sekarang.. dan kemudian keempat saya tidak boleh pilih.. Newcastle boleh ke sana dan mengambilnya”
United kini berada ditangga kelima dan satu-satunya kelab yang bukan dalam tiga teratas ketika ini pilihan Rio Ferdinand. Namun dengan prestasi yang baik dan proses dilihat semakin berkembang, United berpotensi berada di atas