Rio dedahkan mesej yang disampaikan oleh CR7

0

Selepas kemenangan minit terakhir berpihak kepada United baru-baru ini, Rio Ferdinand telah memaklumkan secara umum yang CR7 ada menghantar pesanan ‘text’ kepadanya dan memberitahu yang dia berkeras dia akan menjaringkan gol ketika bertemu dengan Villarreal.

‘Pada malam itu, dia (CR7) telah menghantar mesej kepada saya. Saya tahu saya tidak bermain dengan baik, namun saya tahu saya akan menjaringkan gol.’ kata Ferdinand.

‘Itulah kepercayaan yang ada pada dirinya. Persembahan United pada perlawanan tersebut tidaklah begitu bagus. Itu bukan tahap sebenar permainan yang dipamerkan oleh anak didik Solskjaer. Namun kita perlukan gol. Dengan kualiti yang United ada dan kehadiran peminat yang luar biasa, CR7 telah melakukannya. Dia mahu menjadi wira untuk pasukan, dan pencapaian yang dia perolehi sebelum ini telah buktikannya. Dia mempunyai peranan yang besar kepada pasukan United.’

‘Apabila anda mempunyai pemain seperti CR7 dalam bilik persalinan anda, ia akan memberikan 1 aura yang berbeza. Anda harus percaya dengan kualiti yang dia ada, kerana apabila peluang itu datang, dia akan menyempurnakan dengan baik. Dia mempunyai kelebihan untuk berada dalam keadaan tenang ketika situasi tersebut. Itu merupakan perkara yang paling penting perlu ada dalam pasukan anda. Apabila anda ditekan atau berada dalam tekanan, anda tidak panik. Anda perlu yakin dan berusaha kemudian peluang itu akan datang.’

CR7 yang berusia 36 tahun telah menjaringkan gol ke-12nya pada ketika masa permainan menjangkau 90 minit manakala rakan sepejuangannya Lionel Messi telah menjaringkan 6 gol. Selain daripada itu, tiada seorang pun pemain yang mampu melakukan lebih dari 3 gol pada masa permainan tersebut.

- Advertisement -