Rice tolak tawaran kontrak baru selepas mendengar adanya minat dari United dan Chelsea

0

Spekulasi mengenai masa depan Declan Rice telah menjadi salah satu perkara yang telah banyak dibahas di seluruh jandela perpindahan musim panas tahun 2021, seperti yang diketahui, ia memang menjadi perebutan untuk dua kelab teratas, Chelsea dan Manchester United.

Meskipun begitu dengan datangnya minat dari kedua-dua kelab besar ini telah membuatkan West Ham menawarkan kontrak baru kepada Rice, tetapi dua tawaran perpanjangan kontrak yang telah dikemukakan telah ditolak oleh pemain itu.

Dalam laporan disebut hal Ini disebabkan Rice ingin berhijrah agar dapat bermain di Liga Juara-Juara bermula musim 2021/22,malah pemain tengah itu juga meminta kelab untuk memberitahu semua tawaran masuk untuknya.

Declan Rice sebenarnya masih mempunyai kontrak sehingga 2024 dengan pilihan perpanjangan kontrak.Disisi lain The Hammers juga tidak menolak peluang untuk melepaskan,selagi ada kelab yang sanggup membayar 100 juta pound, sementara pemain ini berharap kelab ini akan menerima tawaran bernilai £ 60 juta.

Chelsea adalah kelab yang dianggap paling mungkin mendapat tandatangan pemain berusia 22 tahun itu, kerana dia memang sasaran utama Thomas Tuchel, sementara Declan Rice juga ingin kembali ke Stamford Bridge setelah dilepaskan ketika berusia 14 tahun. 

Dalam kes ini Man United juga diramalkan akan mengalami kesukaran untuk menandatangani Rice kerana dana yang mereka miliki pada musim panas 2021 telah digunakan untuk merekrut Jadon Sancho, dan rancangan seterusnya mereka untuk membawa Raphael Varane dari Real Madrid.

- Advertisement -